Antony-Ten Hag kembali bergabung



MANCHESTER: Manchester United menyempurnakan perpindahan pemain sayap bernilai 85.5 juta pound (RM466.6 juta), Antony dari Ajax.

Selepas berusaha sepanjang musim panas ini, Erik ten Hag enggan berputus asa untuk kembali berganding dengan pemain sayap dari Brazil yang pernah bersamanya di Amsterdam.

United mengesahkan pembelian Antony – pada harga lebih dua kali ganda daripada yang mereka sanggup bayar sebelum ini.

Bagaimanapun perpindahan itu bergantung kepada pemeriksaan kesihatan, syarat-syarat peribadi dan pelepasan antarabangsa.



Ajax meletakkan harga berkenaan yang memecahkan rekod perpindahan Belanda itu di atas permintaan Antony sendiri.

“Saya tidak minta Ajax melepaskan saya, saya minta Ajax menjual saya pada harga tertinggi untuk seorang pemain Eredivisie.

“Saya meminta perkara ini sejak Februari supaya kelab dapat membina pasukan dengan fikiran yang tenang,” kata Antony.

Antony mungkin tidak dapat diturunkan pada aksi di laman Leicester malam esok, tetapi dijangka membuat penampilan sulungnya menentang pendahulu liga, Arsenal pada Ahad.



Antony meledak 31 gol dan 26 umpanan gol dalam 134 penampilan untuk Ajax dan Sao Paulo.

Pemain Brazil dengan sembilan kap antarabangsa itu juga mempunyai dua kejuaraan Eredivisie dan satu pingat emas Olimpik dalam koleksinya.

Antony adalah pemain kelima ditandatangani Ten Hag selepas Tyrell Malacia, Christian Eriksen, Lisandro Martinez dan Casemiro.  AGENSI



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker