Bayi lima bulan menderita penyakit jantung berlubang

Kuala Lumpur: Ibu muda kepada bayi yang menghidap penyakit jantung berlubang merayu sumbangan orang ramai bagi menampung kos pembedahan anaknya.

Bayi berkenaan, Eyliana Az Zahra Abdul Rahman berusia lima bulan, didapati mengalami masalah jantung berlubang sejak dilahirkan dan memerlukan kira-kira RM80,000 bagi menampung kos pembedahan.

Ibunya, Eylis Mardiana Mohamood, 17, dari Tumpat, Kelantan berkata, anaknya menghidap jantung berlubang sejak dilahir dan doktor mengesahkan terdapat empat lubang yang perlu ditutup.



Suri rumah itu berkata, dia menyedari masalah kesihatan anaknya selepas melihat dia bernafas laju.

“Memang menyedihkan apabila melihat anak yang masih kecil terpaksa mengambil pelbagai jenis ubat setiap hari dan tidak sihat.

“Doktor mahu menjalani pembedahan segera mungkin berikutan anak masih kecil. Justeru, saya berharap supaya ia berjalan lancar,” katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Gleneagles, hari ini.

Katanya, suaminya hanya bekerja kampung dan mempunyai pendapatan sebanyak RM1,000 dan tidak cukup bagi menampung kos pembedahan.



“Kami sudah tidak sanggup melihat penderitaannya dan berharap dengan sumbangan orang ramai dapat membantu mengurangkan kesakitan Eyliana,” katanya.

Sumbangan boleh disalurkan menerusi tabung MEDIA PRIMA-NSTP HUMANITARIAN FUND di akaun Maybank 514105323170.

Cek juga boleh dihantar ke alamat Bahagian Kumpulan Komunikasi Korporat, Media Prima Berhad, Tingkat 1, Anjung Riong, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atas nama pesakit.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button