Sikap Dendam, Benci Kepada UMNO Telah Jadi Darah Daging Mahathir



KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah melihat bukan perkara pelik dan tidak mengejutkan dengan sikap dendam serta benci mantan Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap partinya sebelum ini.

Ini kerana jelas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu, sikap berkenaan telah menjadi darah daging bekas perdana menteri selama 22 tahun itu, malah tahap kebenciannya terhadap UMNO menebal dalam dirinya.

“Sikap dendam dan benci telah menjadi darah daging Tun Mahathir. Dendam dan tahap kebenciannya kepada UMNO menebal dan bencinya pada Najib Razak hanya Allah yang tahu.

“UMNO dilabel dengan pelbagai gelaran buruk olehnya. Baginya seolah tiada langsung jasa UMNO.



“Dan UMNO yang dibenci dan dituduh dengan pelbagai gelaran inilah juga yang memberikan kedudukan kepadanya sebagai PM (perdana menteri) selama 22 tahun,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Tambah beliau lagi yang juga Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), UMNO sahaja yang tahu apa yang telah dilakukan oleh Tun Dr Mahathir.

“22 tahun sebagai PM. Kaya raya kroninya. Anak anaknya juga senang lenang. Hanya UMNO yang boleh mendedahkan kerosakan yang beliau lakukan pada Malaysia.

“Kerana itu beliau mahu hancurkan UMNO. Oleh itu, Tun… usah ingat rakyat tidak tahu semua ini,” tegasnya. 



UMNO Online



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker