Kertas siasatan tentang Hakim Nazlan berada pada SPRM



PUTRAJAYA – Kertas siasatan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Nazlan Ghazali berada bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Ketua Pesuruhjayanya, Azam Baki.

Azam dalam sidang media berkata ia adalah perkara biasa untuk kertas siasatan diserah dan dikembalikan semula antara SPRM dan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Ia selepas Peguam Negara Idrus Harun bulan lepas berkata, kertas siasatan itu tidak bersama jabatannya, mencetuskan persoalan mengenai perkembangan siasatan dalam kalangan orang awam.

“Mungkin kenyataan Peguam Negara itu ringkas. Mungkin dia maksudkan kertas siasatan bukan di tangannya. Tetapi ia sebenarnya telah diserahkan kepadanya dan diserahkan semula kepada kami untuk tindakan selanjutnya.



“Dari perspektif kami, kami berpendapat bahawa kami telah menyelesaikan siasatan dan menyerahkan kertas siasatan kepada mereka. Biasalah kertas itu berulang-alik. Jadi sekarang kertas siasatan itu bersama pegawai saya untuk tindakan lanjut,” katanya.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker