Dua pusat pemindahan mangsa banjir Baling ditutup

BALING: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Terbuka Kampung Padang Empang, Kupang ditutup jam 10 pagi ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz, berkata PPS itu ditutup sepenuhnya pagi ini selepas cuaca kembali cerah dan pulih seperti sediakala.

Beliau berkata, Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Baling, Mohd Shahadan Abdullah mengarahkan PPS di dewan itu ditutup pagi ini.



“Malam tadi kita menutup PPS Dewan Masjid Al-Huda Kampung Hangus jam 7 malam.

“Jadi semua mangsa banjir Selasa lalu dibenarkan pulang selepas tiga hari mereka berada di PPS,” katanya.

Mohd Faizol berkata, kejadian banjir Selasa lalu seramai 120 mangsa daripada 27 keluarga dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Mukim Kupang.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button