Politeknik Besut Terengganu siap dibin



 

(Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad mengadakan lawatan ke Politeknik Besut Terengganu (PBT) sempena siri lawatan kerja ke Terengganu, hari ini)

Oleh Azrin Muhammad

KUALA TERENGGANU – Setelah lima tahun beroperasi di kampus sementara, kini pelajar boleh meneruskan pengajian di Politeknik Besut Terengganu (PBT) yang sudah siap dibina.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, PBT merupakan politeknik ke-34 dan sebelum ini telah beroperasi di kampus sementara di Mukim Kampung Raja sejak Jun 2017.



“Kampus ini dibina di atas tapak berkeluasan 70 ekar di Mukim Keluang dan akan menyediakan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kepada bakal pelajar termasuk komuniti setempat.

“PBT ini juga dilengkapi dengan kemudahan dua blok asrama berkapasiti 480 orang, kafeteria, Plaza Pelajar, Pusat Taska, Unit Kesihatan, Pusat Islam berkapasiti 500 orang jemaah serta dewan utama berkapasiti 1,000 orang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Terdahulu, Noraini melawat PBT bersempena dengan siri lawatan kerja KPT ke Terengganu, baru-baru ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Datuk Muhammad Pehimi Yusof, ADUN Hulu Besut, Datuk Nawi Mohamad dan Pengarah PBT, Che Mukhtar Bakar.



Sementara itu, Noraini turut memberitahu, PBT dilengkapi dengan pusat sukan yang mempunyai kemudahan padang bola sepak, hoki dan futsal sebagai tanda bahawa KPT menggalakkan warga kampus mengamalkan gaya hidup sihat.

“Selain itu, PBT juga memiliki perpustakaan bagi menyokong proses pembelajaran pelajar ketika berada di kampus serta dilengkapi kemudahan internet tanpa wayar (WiFi) berkelajuan tinggi,” katanya.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker