Yang di-Pertuan Agong zahir ucapan takziah atas kemangkatan Ratu Elizabeth II

Ribuan manusia sudah berkumpul di depan Istana Buckingham susulan berita kemangkatan Ratu Elizabeth II sudah diketahui umum di Britain.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada Keluarga Diraja Britain atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Istana Buckingham pada Khamis mengumumkan Ratu Elizabeth II, Raja Britain paling lama menduduki takhta, mangkat pada usia 96 tahun.

Baginda menduduki takhta diraja sejak tahun 1952, tempoh paling lama pernah direkodkan dalam sistem monarki di dunia.

Sepanjang tempoh itu, baginda menyaksikan 15 Perdana Menteri Britain mengangkat sumpah jawatan termasuk yang terbaru, Liz Truss, dua hari lalu, selain menaungi hampir 20 acara Sukan Olimpik. – BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button