Mahathir adalah punca proses pengampunan jadi carca marba

Oleh: Ahmad Wira Mahat

Menurut Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan, semua individu yang didapati bersalah dan dijatuhi hukuman oleh mahkamah ada hak untuk memohon Pengampunan Diraja oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Dalam proses memperoleh pengampunan itu, ada prosedur yang perlu diikuti antara melalui petisyen pengampunan yang difailkan dan kemudian Lembaga Pengampunan perlu bersidang sebelum pengampunan diberikan atas kuasa dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong.



Bagaimanapun, seorang bekas Perdana Menteri telah pun menggunakan kuasanya ketika memegang jawatan berkenaan untuk mempergunakan proses pengampunan itu untuk kepentingan politiknya sendiri sehingga ia menjadi carca marba.

Pemimpin yang dimaksudkan ialah Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri negara ini sebanyak dua kali dan pada kedua-dua tempoh itu beliau gunakan peruntukan berkenaan.

Beliau pertama kali jadi Perdana Menteri dari Julai 1981 hingga Oktober 2003 untuk Barisan Nasional (BN) dan kemudian jadi Perdana Menteri dari Mei 2018 hingga Februari 2020 untuk Pakatan Harapan (PH) pembangkang.

Pada tahun 1981 Mahathir mengemukakan permohonan pengampuna Diraja untuk bekas Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris yang dipenjarakan sejak awal tahun 1970-an kerana menerima rasuah berjumlah RM250,000.



Selepas Harun menjalani sebahagian besar hukumannya, Mahathir pada masa itu sebagai Timbalan Perdana Menteri mendapatkan pengampunan baginya, dan beliau dibebaskan.

Ini adalah cara yang betul digunakan oleh Mahathir.

Kemudian, kerana ikut kepentingan politiknya, Mahathir ubah pula guna proses pengampuna ini ketika itu membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau jadi Perdana Menteri untuk PH.

Menurut Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dalam artikel bertajuk “Patutkah Datuk Seri Najib diberi pengampunan?” berkata yang menukar tradisi pengampunan ialah Mahathir untuk membebaskan Anwar yang hanya berasaskan politik.



“Asas bagi mendapat pengampunan kepada DS Anwar itu hanya politik,” katanya.

Dalam kes liwat pertama Anwar, Mahathir menggunakan kes itu kerana enggan Anwar jadi Perdana Menteri.

Kemudian, Mahathir mahu Anwar diampunkan untuk jenayah liwat kedua kerana mahu Anwar menyokongnya mengalahkan BN dan menjatuhkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan memenjarakannya kerana kesalahan berkaitan syarikat 1MDB.

Tun Abdul Hamid menulis, apabila PH menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, Mahathir sebagai Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mohon pengampunan untuk Anwar.



“YDPA pada masa itu menzahirkan perkenan Baginda, menerima DS Anwar menghadap, memaklumkan beliau bahawa beliau diampun kerana ketidakadilan telah dilakukan terhadapnya.

“Semua ini berlaku sebelum Majlis Pengampunan bersidang. Itu adalah satu kesilapan,” katanya dalam tulisan beliau.

Pada kebiasaan pengampunan hanya akan diberikan selepas Lembaga Pengampunan bersidang.

Menurut bekas Ketua Hakim Negara dari 2007 hingga 2008 itu, orang yang menjadikan Lembaga Pengampunan sebagai alat untuk membebaskan pemimpin politik yang melakukan kesalahan jenayah dan sedang jalani hukuman penjara ialah Mahathir.



“Orang yang membuka jalan bagi pemimpin politik yang melakukan kesalahan jenayah dan sedang menjalani hukuman untuk menjadi Perdana Menteri dengan mendapat pengampunan apabila partinya atau parti gabungannya menang pilihanraya umum adalah Tun Dr. Mahahtir,” katanya.

Peliknya, apabila kini pemimpin UMNO mahu membebaskan Najib melalui proses pengampunan pula, Mahathir pula yang enggan dan mencadangkan supaya ia ditolak padahal beliau yang mempergunakan proses berkenaan pada mulanya.

Jika Mahathir boleh menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk pengampunan Anwar, mengapa Perdana Menteri sekarang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak boleh berbuat demikian untuk pengampunan untuk Najib.

Kalau cerita penuhnya, bukan sahaja Mahathir jadikan sistem pengampunan sebagai alat. Bekas Peguam Negara Tommy Thomas dalam buku tulisannya mendedahkan Mahathir juga campur tangan dalam urusan pelantikan hakim penting terutama Ketua Hakim Negara sekarang ini, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.



Bukan sahaja perkara berkaitan pengampunan dalam Perlembagaan Persekutuan jadi carca marba, sistem kehakiman pun jadi kucar-kacir jugak disebabkan Mahathir.

Sekarang Mahathir ingin sekali lagi jadi Perdana Menteri melalui gabungan politik Gerakan Tanah Air (GTA) dan beliau sudah awal-awal kata mahu jadi Perdana Menteri untuk sekurang-kurangnya satu tahun, untuk apa? Campur tangan lagi?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button