M DAUD KILAU – SAYA MASIH HIDUP, HARAP PEMINAT DOAKAN SEGERA PULIH

M DAUD KILAU – SAYA MASIH HIDUP, HARAP PEMINAT DOAKAN SEGERA PULIH

M DAUD KILAU - SAYA MASIH HIDUP, HARAP PEMINAT DOAKAN SEGERA PULIH

Umum sedia maklum mengenai keadaan Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau yang sebelum ini dilaporkan kritikal. Namun baru-baru ini tular berita palsu mengatakan M Daud Kilau sudah meninggal dunia.

Berhubung berita palsu tersebut, M Daud Kilau menjelaskan dia masih hidup dan dalam masa sama beliau mengharapkan peminat mendoakan kesihatan kembali pulih.



“Saya masih hidup. Harap para peminat dapat mendoakan saya agar pulih semula seperti sebelum ini. Sesiapa yang nak melawat, bolehlah datang ke rumah lepas saya pulang nanti,” kata M Daud Kilau.

Menerusi rakan baik, Syed Yusof Wafa Syed Nordin, penyanyi bersuara lunak itu memberitahu mengetahui penyebaran berita palsu berkenaan selepas isterinya. Datin Rohani Awang Ngah menerima ucapan takziah daripada teman-teman.

Syed Yusof Wafa berkata, dia baru sahaja pulang menziarahi M Daud di Hospital Teluk Intan, Perak, petang ini.

M DAUD KILAU - SAYA MASIH HIDUP, HARAP PEMINAT DOAKAN SEGERA PULIH



“Beliau memaklumkan kepada saya, isterinya menerima panggilan telefon tak henti-henti daripada rakan untuk mengucapkan takziah. Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan beransur pulih,” tuturnya.

Sebagai bukti, Wafa turut mengirimkan beberapa gambar keadaan terkini penyanyi veteran termasuk video menyaksikan M Daud membuat panggilan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Profesor Dr Md Nasir Ibrahim.

Sementara itu, penyanyi lagu evergreen, ‘Sirih Pinang’ dan ‘Cek Mek Molek’ itu berkata, dia kini bergantung kepada bantuan alat pernafasan memandangkan dirinya masih berada dalam keadaan lemah di Hospital Teluk Intan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 




Jelasnya lagi, dia hanya bergantung kepada susu yang disalurkan menerusi hidungnya untuk mengisi perut dan mengakui berasa lapar serta rindukan masakan isterinya, Datin Rohani Awang Ngah, 62.

“Saya rasa lapar sangat. Biasanya di rumah isteri sediakan sarapan dan makanan tengah hari tetapi kini hanya bergantung kepada susu sahaja serta bergantung kepada alat bantuan pernafasan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Rohani berkata, ramai dalam kalangan ahli keluarganya yang datang mengunjungi suaminya, bahkan ada yang menetap di inap desa berhampiran hospital tersebut.

“Begitu juga dengan para peminatnya, mereka tak putus-putus menghubungi bagi mendapatkan perkembangan terkini dirinya,” kata isteri M Daud Kilau.



Enam tahun lalu, M Daud pernah menjadi mangsa penyebaran berita palsu apabila ada mendakwa sudah meninggal dunia. Bagaimanapun, M Daud memaafkan penyebar berita palsu itu.

M DAUD KILAU - SAYA MASIH HIDUP, HARAP PEMINAT DOAKAN SEGERA PULIH

Percepat PRU, elak niat jahat pembangkang



M DAUD KILAU – SAYA MASIH HIDUP, HARAP PEMINAT DOAKAN SEGERA PULIH

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Percepat PRU, elak niat jahat pembangkang



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button