Daphne Iking pencinta haiwan usap babi



Daphne Iking pencinta haiwan usap babi, beri susu

Daphne Iking pencinta haiwan usap babi, beri susu… Pendakwah perjelas hukum pegang tanpa tujuan - Hiburan | mStar PERKONGSIAN video memperlihatkan pelakon dan pengacara Daphne Iking memberi minum susu daripada botol kepada beberapa ekor babi sambil mengusapnya mengundang perbalahan dalam kalangan netizen. Ramai meminta Daphne untuk melakukan sertu kerana babi tergolong dalam najis berat menurut pegangan agama Islam dan seseorang tidak sepatutnya memegang haiwan itu tanpa sebarang sebab yang mendesak. Suami Daphne iaitu Joe Lebosi yang memuat naik video itu di Instagram memberitahu isterinya seorang pencinta haiwan namun terkejut apabila dia menyukai haiwan seperti anjing dan babi. "Daphne seorang pencinta haiwan atau mana-mana makhluk Tuhan. Pada mulanya saya terkejut melihat dia menyukai haiwan seperti anjing dan babi. 291842564_7813340058707985_460504406199403247_n Daphne tak rindu nak makan khinzir. ADVERTISING X "Dia memberi penghormatan sebagaimana semua hidupan harus dihormati. Bagi saya sebagai seorang Muslim di Malaysia, kita telah dibiasakan untuk takutkan mereka dan menganggap mereka sebagai haiwan yang kotor," katanya. Joe juga memberitahu perkara itu adalah tindakan salah terutama dalam memberi contoh tidak baik kepada anak-anak. "Itu adalah cara yang salah untuk membesarkan anak-anak kita! Haiwan ini telah dicipta oleh Tuhan yang sama mencipta manusia. "Semua makhluk hidup berada di sini untuk satu tujuan. Bagi pandangan saya mudah, kalau tangan rasa kotor cucilah tangan... kalau dah pegang babi... samak jelah,” kongsinya. Dalam pada itu, menerusi video sama, Daphne turut menjelaskan dia mendapat banyak pertanyaan adakah dia merindui untuk menikmati hidangan berasaskan daging babi sejak memeluk agama Islam pada 2010. Menjawab pertanyaan itu, Daphne atau nama Islamnya, Dahlia Eleanor Iking menjelaskan dia tidak pernah makan daging babi sebelum dia memeluk agama Islam lagi. Kata Daphne dia tidak menyukai daging tersebut meskipun keluarganya di Sabah membela haiwan itu. 293189904_553466439613763_4113217527035283567_n Suami akui Daphne pencinta haiwan. "Hampir setiap hari kami bagi haiwan ini makan dan minum. Kalau orang tanya saya, saya jawab tak makan. Saya tak suka daging babi," katanya. Haram hukum pegang babi tanpa tujuan dan keperluan Sementara itu, pendakwah selebriti Pencetus Ummah (PU) Syed menjelaskan bagi individu yang sudah memegang babi atau haiwan yang haram disentuh, maka mereka perlulah melakukan proses sertu. Jelasnya lagi, sekiranya ada individu menyentuh secara sengaja tanpa tujuan dan tanpa keperluan, maka hukumnya adalah haram. "Secara umumnya kita mengetahui bahawa anjing dan khinzir termasuk dalam kategori najis Mughallazah dan jika menyentuhnya wajib dicuci mengikut kaedah yang ditetapkan oleh syarak. "Perkara seumpaman ini hanya dibenarkan atas keperluan contohnya seperti doktor haiwan yang perlu merawat khinzir. pu PU Syed menegaskan khinzir haiwan yang haram disentuh. "Namun ia tetap perlu dikadarkan bermaksud doktor itu bukan sewenang-wenangnya boleh melakukan apa sahaja dengan haiwan tersebut, termasuklah seperti bergambar bersama," katanya. Justeru kata PU Syed, pandangan mengatakan babi hanya haram dimakan tetapi boleh disentuh dan diternak adalah kesesatan nyata. "Walaupun Islam itu mudah tetapi jangan pernah kita mengambil ringan. Trend orang kita sekarang ambil gambar dengan khinzir atau anjing kemudian disebarkan pula di media sosial. “Masyarakat yang faham tentang hukum agama mungkin tidak mengapa. Tetapi apa yang merisaukan apabila ada umat Islam yang menganggap tidak mengapa memegang haiwan-haiwan tersebut asalkan boleh disertu nanti,” jelasnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI
Daphne Iking memberi minum susu kepada babi di sebuah ladang.

PERKONGSIAN video memperlihatkan pelakon dan pengacara Daphne Iking memberi minum susu daripada botol kepada beberapa ekor babi sambil mengusapnya mengundang perbalahan dalam kalangan netizen.

Ramai meminta Daphne untuk melakukan sertu kerana babi tergolong dalam najis berat menurut pegangan agama Islam dan seseorang tidak sepatutnya memegang haiwan itu tanpa sebarang sebab yang mendesak.

Suami Daphne iaitu Joe Lebosi yang memuat naik video itu di Instagram memberitahu isterinya seorang pencinta haiwan namun terkejut apabila dia menyukai haiwan seperti anjing dan babi.

“Daphne seorang pencinta haiwan atau mana-mana makhluk Tuhan. Pada mulanya saya terkejut melihat dia menyukai haiwan seperti anjing dan babi.

Daphne Iking memberi minum susu kepada babi di sebuah ladang.
Daphne tak rindu nak makan khinzir.

“Dia memberi penghormatan sebagaimana semua hidupan harus dihormati. Bagi saya sebagai seorang Muslim di Malaysia, kita telah dibiasakan untuk takutkan mereka dan menganggap mereka sebagai haiwan yang kotor,” katanya.

Joe juga memberitahu perkara itu adalah tindakan salah terutama dalam memberi contoh tidak baik kepada anak-anak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Itu adalah cara yang salah untuk membesarkan anak-anak kita! Haiwan ini telah dicipta oleh Tuhan yang sama mencipta manusia.

“Semua makhluk hidup berada di sini untuk satu tujuan. Bagi pandangan saya mudah, kalau tangan rasa kotor cucilah tangan… kalau dah pegang babi… samak jelah,” kongsinya.

Dalam pada itu, menerusi video sama, Daphne turut menjelaskan dia mendapat banyak pertanyaan adakah dia merindui untuk menikmati hidangan berasaskan daging babi sejak memeluk agama Islam pada 2010.

Menjawab pertanyaan itu, Daphne atau nama Islamnya, Dahlia Eleanor Iking menjelaskan dia tidak pernah makan daging babi sebelum dia memeluk agama Islam lagi.

Kata Daphne dia tidak menyukai daging tersebut meskipun keluarganya di Sabah membela haiwan itu.

 

Daphne Iking memberi minum susu kepada babi di sebuah ladang.
Suami akui Daphne pencinta haiwan.

“Hampir setiap hari kami bagi haiwan ini makan dan minum. Kalau orang tanya saya, saya jawab tak makan. Saya tak suka daging babi,” katanya.

Haram hukum pegang babi tanpa tujuan dan keperluan

Sementara itu, pendakwah selebriti Pencetus Ummah (PU) Syed menjelaskan bagi individu yang sudah memegang babi atau haiwan yang haram disentuh, maka mereka perlulah melakukan proses sertu.

Jelasnya lagi, sekiranya ada individu menyentuh secara sengaja tanpa tujuan dan tanpa keperluan, maka hukumnya adalah haram.

“Secara umumnya kita mengetahui bahawa anjing dan khinzir termasuk dalam kategori najis Mughallazah dan jika menyentuhnya wajib dicuci mengikut kaedah yang ditetapkan oleh syarak.

“Perkara seumpaman ini hanya dibenarkan atas keperluan contohnya seperti doktor haiwan yang perlu merawat khinzir.

 

Daphne Iking memberi minum susu kepada babi di sebuah ladang.
PU Syed menegaskan khinzir haiwan yang haram disentuh.

“Namun ia tetap perlu dikadarkan bermaksud doktor itu bukan sewenang-wenangnya boleh melakukan apa sahaja dengan haiwan tersebut, termasuklah seperti bergambar bersama,” katanya.

Justeru kata PU Syed, pandangan mengatakan babi hanya haram dimakan tetapi boleh disentuh dan diternak adalah kesesatan nyata.

“Walaupun Islam itu mudah tetapi jangan pernah kita mengambil ringan. Trend orang kita sekarang ambil gambar dengan khinzir atau anjing kemudian disebarkan pula di media sosial.

“Masyarakat yang faham tentang hukum agama mungkin tidak mengapa. Tetapi apa yang merisaukan apabila ada umat Islam yang menganggap tidak mengapa memegang haiwan-haiwan tersebut asalkan boleh disertu nanti,” jelasnya.

 

Percepat PRU, elak niat jahat pembangkang

 

Daphne Iking pencinta haiwan usap babi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Percepat PRU, elak niat jahat pembangkang

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker