Sebastian Vettel nafi dipecat dari pasukan F1 Aston Martin

Pelumba Aston Martin, Sebastian Vettel menafikan bahawa dia ‘dipecat’ oleh pasukannya itu susulan hasratnya yang mahu bersara daripada sukan Formula 1 (F1) selepas musim 2022 berakhir kelak.

Menurut pelumba Jerman berusia 35 tahun itu, keputusannya untuk bersara merupakan hasratnya sendiri yang mahu berehat setelah terlibat dengan sukan permotoran sejak lebih 15 tahun lalu.

“Siapa kata saya dipecat? Tidak, saya bukannya dipecat, tetapi saya yang mahu bersara sebenarnya daripada sukan F1 ini.



“Kini sudah tiba masanya untuk saya menghabiskan pula masa bersama dengan keluarga tercinta setelah sering berjauhan dengan mereka selama ini,” katanya menjelang aksi Grand Prix (GP) F1 Itali di Litar Autodromo Nazionale Monza, esok.

Untuk rekod, Vettel mula beraksi dalam F1 sejak 2006 lalu dengan pasukan BMW-Sauber sebelum menyertai Toro Rosso, Bull, Ferrari dan kini Aston Martin.

Vettel juga pernah mencatatkan fenomena tersendiri apabila muncul juara sebanyak empat kali F1 pada 2010, 2011, 2012 dan 2013 ketika mewakili pasukan Red Bull.

Selain itu, Vettel bakal beraksi dalam saingan Grand Prix (GP) Itali pada Ahad, kini berada di kedudukan ke-14 daripada senarai kejuaraan musim ini tanpa meraih sebarang mata.



Sementara itu, Vettel menafikan sekeras-kerasnya dia bakal menceburi bidang politik setelah bersara daripada arena permotoran (F1), selepas ini.

Katanya, dia langsung tidak pernah terfikir mengenai perkara berkenaan walaupun ketika masih aktif dalam sukan permotoran.

“Politik? Saya tidak mungkin menyertainya buat masa ini…Tetapi siapa tahu, mungkin pada masa depan,” katanya.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button