Kertas siasatan Sanusi, ADUN Jengka diserah ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya
Kertas siasatan Sanusi, ADUN Jengka diserah ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya

KUANTAN: Kertas siasatan terhadap dua ahli politik PAS berhubung kenyataan mereka sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Bentong di sini, sudah diserah ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
Kertas siasatan itu membabitkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Shahril Azman Abd Halim.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini, berkata kertas siasatan itu sudah diserah pada minggu kedua Oktober.
Beliau berkata, polis secara keseluruhan merakam keterangan lima individu berkaitan siasatan terhadap Muhammad Sanusi, termasuk menteri besar itu yang memberikan keterangan pada 7 Oktober lalu di Balai Polis Manchis di Bentong.
Siasatan terhadap Muhammad Sanusi dibuat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 dan Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, susulan kenyataannya pada sesi ceramah 22 September lalu, iaitu sehari sebelum hari penamaan calon bagi PRK DUN Pelangai.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gebang PAS Dalam Isu Palestin
- ‘Teori Domino’ Syed Imran
- BERSATU berantakan, Faizal Azumu pilih siapa?
Siasatan terhadap Shahril Azman juga dibuat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 AKMM serta Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan selepas didakwa mengeluarkan sentimen 3R iaitu berkaitan isu agama, raja dan kaum, semasa berada di FELDA Sungai Kemahal yang terletak dalam DUN Pelangai sebelum video berkaitan dimuat naik ke akaun TikTok beliau. – BERNAMA
Kertas siasatan Sanusi, ADUN Jengka diserah ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Perang saudara’ BERSATU, Cytro Peja ‘Takut’ Che’gu Bard
- Benarkah Ada Anak Melayu Telah Menjadi Agen MOSSAD?
- Mungkinkah Mas Ermieyati Sembunyikan Sesuatu Dalam Laporan PAC Mengenai Perolehan Covid 19?
- Mahathir Label HAMAS Sebagai Pengganas
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :