Empangan pecah di Afrika Selatan, lima orang maut

Antara keadaan rumah yang rosak teruk akibat daripada kejadian empangan pecah berkenaan. – Foto AFP

JOHANNESBURG, Afrika Selatan – Sejumlah orang dikhuatiri maut selepas sebuah empangan lombong pecah hingga mencetuskan banjir sekali gus menghanyutkan rumah-rumah dan banyak kereta di tengah Afrika Selatan, kata pegawai pada Ahad.

Rakaman televisyen menunjukkan sungai lumpur dan air mengalir dari lombong berlian yang tidak digunakan sebelum memasuki kawasan perumahan.

Ia membanjiri jalan raya dan menghanyutkan rumah-rumah di Jagersfontein iaitu sebuah bandar kira-kira 100 kilometer dari barat daya ibu kota wilayah Free State, Bloemfontein.

“Sebuah empangan lombong runtuh dan menghanyutkan rumah-rumah dan kereta-kereta di kawasan itu,” kata Palesa Chubisi iaitu jurucakap Ketua Menteri Free State, Sisi Ntombela.



Menteri Sumber Mineral dan Tenaga, Gwede Mantashe berkata, terdapat sehingga lima orang dipercayai mati, empat orang hilang dan empat lagi dalam keadaan kritikal.

“Sembilan rumah dihanyutkan dan 20 rumah rosak sepenuhnya. Ia adalah bencana,” kata Mantashe pada sidang media dalam talian.

Terdahulu, Chubisi berkata, 40 orang termasuk seorang wanita hamil dibawa ke hospital tempatan, empat mengalami patah anggota badan dan selebihnya mengalami lebam dan hipotermia.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button