Filem ‘Brahmastra’ Terus Terima Kecaman, Namun Berjaya Raih Kutipan Tayangan Hari Pertama Baik
Filem arahan Ayan Mukherji yang menggandingkan Ranbir Kapoor dan Alia Bhatt di layar perak ini mencatatkan kutipan tayangan hari pertama sebanyak USD9,412,500.00 di seluruh dunia.
Filem ‘Brahmastra’ Terus Terima Kecaman, Namun Berjaya Raih Kutipan Tayangan Hari Pertama Baik
Nampaknya segala kontroversi yang tercetus sebelum ini mengenai filem Brahmastra, gandingan aktor Ranbir Kapoor bersama isteri, Alia Bhatt buat julung kali pertamanya di layar perak, tidak sia-sia langsung.
Ini kerana Brahmastra arahan Ayan Mukherji telah pun mencatatkan kutipan filem yang cukup baik apabila meraih RS 75 crore (USD 9,412,500.00, RM42,350,835.00) sewaktu hari pertama tayangannya bermula di seluruh dunia pada Jumaat lalu dan angka itu dijangka akan terus meningkat sehingga hujung minggu ini.
Produser filem ini iaitu Karan Johar tidak dapat menyembunyikan rasa gembiranya sehingga menulis di instagramnya, “Humbled… Grateful…but yet can’t control my excitement!”
Apapun, ramai warga industri perfileman Bollywood yang berharap filem ini akan dapat membuat kutipan pecah panggung yang luar biasa.
Sebelum ini, filem Gangubai Kathiawadi, Bhool Bhulaiyaa 2 dan The Kashmir Files, telah berjaya memecahkan rekod kutipan pecah panggung, tetapi tidak bagi filem-filem yang lain.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Maka, Brahmastra diharap dapat memecahkan sumpahan kutipan pecah panggung ini dengan lebih baik lagi, biarpun ia sebuah filem yang disifatkan paling termahal dalam sejarah pembikinan sinema Hindi pabila melibatkan kos pembikinan sebanyak Rs 410 crore (USD 51,455,000.00, RM231,517,898.00).
Sebelum ini, filem Thugs of Hindostan terbitan Yash Raj Films telah mencatatkan rekod sebagai filem termahal dengan kos pembikinan sebanyak Rs310 crore (USD38,905,000.00, RM175,050,118.00)
Namun, kebanyakan pengkritik nampaknya tidak memberikan ulasan filem yang cukup baik buat Brahmastra. Malah, netizen di India juga masih meluahkan sentimen tidak puas hati mereka terhadap Brahmastra yang dianggap menyentuh sensitiviti penganut agama Hindu. – Getaran, 11 September 2022
Filem ‘Brahmastra’ Terus Terima Kecaman, Namun Berjaya Raih Kutipan Tayangan Hari Pertama Baik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jho Low masih gagal dikesan
- Beza nombor 2 dengan nombor 400
- Anwar Ibrahim sah tidak bertanding di PD
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Percepat PRU, elak niat jahat pembangkang