Kenapa nak single kalau boleh berdua? – Erra Fazira



Kenapa nak single kalau boleh berdua? – Erra Fazira

Kenapa nak single kalau boleh berdua? – Erra Fazira
Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira

KUALA LUMPUR : Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira, 48, memberi bayangan seandainya diberi pilihan, dia tidak menolak untuk kembali bergelar isteri, berbanding meniti hidup sendirian.

Bagaimanapun, kata Erra, semua itu kembali kepada soal jodoh dan ketentuan Allah SWT.

“Eh, tak naklah hidup sendiri. Kenapa nak single kalau boleh hidup berdua? Tetapi, kalau Allah sudah kata begitu, kita terima sajalah.



“Kalau ada peluang hidup berdua, mengapa tidak bukan?” katanya ketika ditemui pada majlis perkahwinan Pakar Pelaburan Saham yang juga Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr Nazri Khan, semalam.

Erra sebelum itu, telah diusik oleh sahabat artisnya, Ziana Zain, yang berseloroh di pentas persembahan dengan menyebut kedua-dua mereka mungkin bahagia hidup solo hingga ke akhir hayat.

Selain itu, ketika ditanya mengenai undangan perkahwinan penyanyi yang juga juara program Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir, baru-baru ini, Erra berkata, dia tidak dapat menghadiri majlis itu kerana terikat dengan komitmen lain.

“Saya ada menerima kad undangan, tetapi tidak dapat hadir kerana ada kerja lain.



“Alhamdulillah, dia sudah selamat diijabkabulkan. Sudah bergelar suami orang. Semoga bahagia dan kekal hingga ke jannah,” katanya.

Shahir mendirikan rumah tangga dengan pemilik butik berasal dari Sabah, Jaskin Jaludin, 30, pada 2 September lalu.

Sebelum ini, Erra mengucapkan tahniah kepada Shahir setelah penyanyi tersebut mengumumkan tarikh perkahwinannya pada Jun lalu.

Biarpun sering dikaitkan, Erra tidak pernah menjelaskan status hubungannya dengan Shahir, sebaliknya hanya mengakui berkawan rapat dengan penyanyi tersebut.



Inflasi naik mendadak jika subsidi minyak diganti

Kenapa nak single kalau boleh berdua? – Erra Fazira


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Percepat PRU, elak niat jahat pembangkang

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker