Isteri Fizo Omar tegur doktor sambil lewa rawat pesakit

Dah 5 hari sakit kepala cuma diberi ubat migrain

Isteri Fizo Omar tegur doktor sambil lewa rawat pesakit

Isteri Fizo Omar tegur doktor sambil lewa rawat pesakit
Isteri Fizo disahkan positif influenza.

ISTERI kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri meluahkan rasa tidak puas hati dengan layanan perubatan yang diterima daripada seorang doktor di sebuah pusat klinik baru-baru ini.

Kata Fazreena, 27, doktor tersebut tidak melakukan pemeriksaan kesihatan sewajarnya sebaliknya hanya memberikan dia ubat semata-mata.

“Dua hari lalu saya ke klinik dan tanpa bertanyakan apa-apa masalah kesihatan dan simptom, doktor hanya memberikan saya pil migrain.



Isteri Fizo Omar tegur doktor sambil lewa rawat pesakit
Perkongsian Fazeera yang dimuat naik di Instastory miliknya.

“Doktor hanya merenung dan memberitahu degupan jantung saya laju lalu memberikan pil migrain… Saya kecewa kerana saya hanya ingin merawat kesakitan yang dialami,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wan Rosdy bidas kenyataan Ti Lian Ker


Gara-gara sikap acuh tak acuh doktor berkenaan menyebabkan dia terpaksa mendapatkan khidmat nasihat kedua daripada pakar perubatan di klinik berlainan.



Selepas melalui pemeriksaan lengkap barulah diketahui sakit kepala teruk dialami olehnya itu berpunca jangkitan influenza.

“Saya percaya hanya doktor yang boleh membantu saya menangani kesakitan ini… Malangnya saya rasa sangsi dengan rawatannya dan berkunjung ke hospital lain.

“Saya menerangkan simptom yang dialami dan doktor itu juga bertanyakan beberapa soalan tentang keadaan kesakitan saya.

“Alangkah terkejutnya apabila saya disahkan positif influenza. Bayangkan jika saya tidak mengambil inisiatif untuk pergi ke hospital lain dan hanya mengambil pil migrain,” katanya.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


Fazeera kecewa dengan rawatan yang diterima daripada sebuah klinik.
Isteri Fizo Omar tegur doktor sambil lewa rawat pesakit

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon drama Julia ini turut memberi nasihat kepada pengamal perubatan untuk menjalankan tanggungjawab dengan baik bagi memberikan rawatan terbaik kepada masyarakat.

“Saya berharap doktor yang mula merawat saya itu melakukan kerja dengan penuh rasa tanggungjawab.

“Kepada para doktor, pesakit anda adalah tugas utama anda dan kerana itu kami (pesakit) memerlukan doktor untuk merawat pesakit,” katanya.

Isteri Fizo Omar tegur doktor sambil lewa rawat pesakit

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rombakan Kabinet: 1 Menteri Di Gugurkan, 5 Menteri Baharu Di Lantik



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button