Aksi Chelsea-Liverpool, United-Leeds ditunda akibat kekurangan polis



LONDON: Kunjungan Liverpool ke Chelsea dan pertembungan Manchester United berdepan Leeds Ahad ini ditunda kerana masalah kekurangan polis menjelang acara pemakaman Ratu Elizabeth II, umum Liga Perdana Inggeris (EPL) hari ini.

Tujuh perlawanan EPL akan berlangsung hujung minggu ini dengan perlawanan Brighton menentang Crystal Palace sebelum ini ditunda kerana mogok pekerja kereta api.

Walaupun mogok berkenaan dibatalkan, perlawanan itu terus dibatalkan.

Kunjungan Arsenal ke Brentford pada Ahad juga dibawa dua jam ke depan.



“Selepas perbincangan lanjut dengan kelab, polis, Kumpulan Penasihat Keselamatan dan pihak berkuasa berkaitan, tiada pilihan lain selain menjadualkan semula tiga perlawanan itu,” kata EPL dalam satu kenyataan.

“Liga Perdana mahu mengucapkan terima kasih kepada Unit Polis Bola Sepak UK dan anggota polis lain di seluruh negara, selain rakan penyiar kerana sokongan mereka ketika proses ini, dan akan terus berhubung dengan mereka menjelang hujung minggu ini.

“Untuk perlawanan dilangsungkan pada tempoh berkabung, penghormatan akan diberikan kepada Ratu di stadium kelab Liga Perdana.”

Semua perlawanan di England, Scotland, Ireland Utara dan Wales ditunda minggu lalu sebagai menghormati kemangkatan Ratu Elizabeth II.



AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker