92 ahli Parlimen India digantung tugas

92 ahli Parlimen India digantung tugas

92 ahli Parlimen India digantung tugas
TANGKAP layar daripada video Sansad TV menunjukkan insiden berkenaan. FOTO AFPTV/ AFP

New Delhi: Parti pembangkang India mendakwa 92 ahli Parlimen mereka digantung tugas kerana menuntut sesi debat diadakan susulan insiden kecuaian dalam aspek keselamatan sehingga membolehkan Parlimen diceroboh pada minggu lalu.

Pada 13 Disember lalu, dua lelaki mencetuskan kekecohan dengan menceroboh ke dalam di Dewan Rakyat sambil membawa bekas logam yang berisi bahan letupan atau gas pemedih mata.

Menteri Dalam Negeri harus membuat kenyataan berhubung insiden itu, kata presiden parti Kongres, Mallikarjun Kharge pada Isnin.



T R Baalu dari parti Dravida Munnetra Kazhagam (DMK) berkata. penggantungan sebilangan besar ahli Parlimen tidak pernah berlaku sebelum ini.

Seramai 33 anggota Dewan Rakyat dan 45 anggota Dewan Negara digantung tugas pada Isnin, manakala 14 lagi digantung tugas minggu lalu.

Kedua-dua penceroboh dikatakan diberikan pas pelawat atas cadangan seorang ahli Parlimen dari Parti Bharatiya Janata (BJP).

92 ahli Parlimen India digantung tugas

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dinasti Lim Mula Menggugat Kestabilan Kerajaan Perpaduan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button