Lebih 100 maut, gempa bumi di China

Lebih 100 maut, gempa bumi di China

Lebih 100 maut, gempa bumi di China
PENYIAR China menyiarkan imej susulan gempa bumi berkenaan.

Beijing: Sekurang-kurangnya 111 orang terbunuh dalam gempa bumi bermagnitud 5.9 yang mengakibatkan bangunan runtuh di barat laut China.

Ibu pejabat bantuan gempa wilayah berkata, dianggarkan 100 terbunuh dan lebih ramai lagi cedera di wilayah Gansu.

Menurut CCTV, 11 orang turut terbunuh dan lebih 100 cedera di bandar Haidong di wilayah jiran Qinghai.



Gempa bumi itu menyebabkan kerosakan besar, termasuk rumah runtuh, dan orang ramai berlari ke jalan untuk keselamatan.

Kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan awal hari ini.

Presiden China Xi Jinping menyeru usaha berterusan dalam kerja mencari dan bantuan serta memastikan keselamatan mangsa yang terselamat dan harta benda mereka

Pusat gempa itu adalah kira-kira 100 kilometer (km) barat daya ibu kota wilayah Gansu, Lanzhou. Ia disusuli dengan beberapa gempa susulan yang lebih kecil.



Susulan gempa bumi itu, bekalan elektrik dan air terganggu di beberapa kampung.

Lebih 100 maut, gempa bumi di China
FOTO tular menunjukkan kesan kerosakan akibat gempa bumi berkenaan.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan imej kenderaan kecemasan ke tempat kejadian dengan lampunya berkelip di sepanjang lebuh raya yang dipenuhi salji.

Pekerja penyelamat kelihatan di dalam trak, manakala imej lain menunjukkan mereka berbaris dalam barisan untuk menerima arahan.

Klip lain menunjukkan kakitangan kecemasan melalui kawasan runtuhan dengan lampu suluh, membuka pengusung jingga untuk mangsa.



Suhu turun mendadak di bawah paras beku di seluruh utara China, dan rakaman dari salah satu kawasan yang paling teruk dilanda gempa menunjukkan penduduk memanaskan diri dengan api sementara perkhidmatan kecemasan memasang khemah.

Pegawai melancarkan tindak balas kecemasan dan menghantar anggota penyelamat ke kawasan itu sejurus selepas gempa, dan pemimpin wilayah juga dalam perjalanan.

Lebih 100 maut, gempa bumi di China


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading