Gunung berapi meletus di Iceland

Gunung berapi meletus di Iceland

Gunung berapi meletus di Iceland
LAVA mengalir susulan letusan gunung berapi di Grindavik, Iceland. FOTO Reuters

Helsinki: Sebuah gunung berapi meletus di Iceland selepas negara itu dilanda gempa bumi, pada Isnin lalu.

Letusan di Semenanjung Reykjanes berhampiran ibu negara Reykjavik berlaku kira-kira 10.17 malam waktu tempatan menurut Pejabat Meteorologi Iceland.

“Letusan bermula di Semenanjung Reykjanes. Ia boleh dilihat pada kamera web dan berhampiran dengan Hagafell, sebuah bandar di selatan ibu negara.



“Helikopter Pengawal Pantai berlepas untuk mengesahkan lokasi dan saiz letusan yang tepat,” katanya.

Iceland diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga terhadap potensi letusan gunung berapi selepas aktiviti seismik yang amat aktif, bulan lepas.

Beribu-ribu gempa bumi kecil direkodkan di semenanjung barat daya pulau itu apabila magma beralih di bawah kerak bumi.

Kira-kira 4,000 penduduk Grindavik, sebuah pelabuhan nelayan kira-kira 40 kilometer (25 batu) dari ibu negara sudah dipindahkan pada 11 November lalu.



Iceland adalah rumah kepada 33 sistem gunung berapi aktif yang mana ia jumlah tertinggi di Eropah.

Semenanjung Reykjanes tidak mengalami letusan gunung berapi selama lapan abad sehingga 2021.

Sejak itu, tiga letusan melanda dan semuanya di kawasan terpencil yang tidak berpenghuni. Pakar gunung berapi berkata, ini boleh menjadi permulaan kepada era baharu aktiviti di rantau ini.

Gunung berapi meletus di Iceland

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dinasti Lim Mula Menggugat Kestabilan Kerajaan Perpaduan


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading