Aidil Aziz Tetap Profesional Berlakon Bersama Fasha Sandha

“Ada Juga Babak Daring Kami Tapi Tak Apa Sebab Halal,” - Lakon Watak Gigolo

Aidil Aziz Tetap Profesional Berlakon Bersama Fasha Sandha

Aidil Aziz Tetap Profesional Berlakon Bersama Fasha Sandha

Pelakon Aidil Aziz teruja dapat bekerja dalam set drama berjudul Rampas Cintaku bersama isterinya iaitu aktres Fasha Sandha biarpun bukan sebagai hero dan heroin.Menerusi drama itu, Fasha melakonkan watak sebagai isteri kepada pelakon Zarul Husin serta kekasih kepada penyanyi Afieq Shazwan.“Sebenarnya saya sangat gembira dapat berlakon dengan isteri saya sebab dapat bekerja dalam satu set. Bukan senang kami nak bekerja sekali.“Walaupun, dalam cerita ini dia bukan wife saya tapi wife abang Zarul. Dah la wife abang Zarul, girlfriend Afieq pula tu… tapi it’s okay.

“Kami profesional, dalam set dia adalah Datin Safieya dan saya, Sharul sebagai gigolo senior. Habis set, dia adalah my wife, tak ada sesiapa pun boleh bawa balik, she’s mine,” katanya.



Aidil Aziz Tetap Profesional Berlakon Bersama Fasha Sandha

Aidil ditemui ketika majlis sidang media dan tayangan 60 minit drama tersebut di DADI Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa.

Berkongsi lebih lanjut mengenai drama tersebut, Aidil mengakui dia berasa cemburu dengan Afieq yang memegang watak hero bersama isterinya.

“Ada juga la babak dia dengan Afieq buat saya cemburu tapi tak apa, yang penting lakonan mereka sampai kepada penonton dan kami sebagai pelakon.



“Tapi cemburu itu mungkin sebab saya tak dapat watak Afieq. Bukan cemburu yang ke arah negatif, lebih kepada positif.

“Kalau saya dapat watak Afieq itu, mungkin agak berbeza sedikit sebab kami suami isteri dalam realiti. Ada juga babak ‘daring’ kami tapi tak apa, sebab halal,” ujarnya.

BIRTHDAY KAKAK, FASHA IMBAU KENANGAN: “KAMI MEMBESAR TIDAK SEMEWAH…”



Aidil Aziz Tetap Profesional Berlakon Bersama Fasha Sandha


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

BIRTHDAY KAKAK, FASHA IMBAU KENANGAN: “KAMI MEMBESAR TIDAK SEMEWAH…”




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button