Kendali lebih 1,000 acara

Kendali lebih 1,000 acara

Kendali lebih 1,000 acara
NURSYELINA (tiga dari kanan) bersama kakitangan Paparazzi Photo Booth di Wangsa Maju.

Kuala Lumpur: Paparazzi Photo Booth (Paparazzi), menjadi syarikat pertama di Malaysia menampilkan perkhidmatan teknologi kecerdasan buatan (AI) Photo Booth yang sesuai untuk semua jenis acara.

Pengarah Urusannya, Nursyelina Aluwi berkata, AI Photo Booth melengkapkan lagi perkhidmatan yang ditawarkan syarikatnya, termasuk 360 Video Booth, Ipad Digital Photo Booth, Magic Mirror Booth dan LED 360 Video Booth.

Katanya, sejak ditubuhkan pada 2016, syarikatnya mengendalikan lebih 1,000 acara besar dan mendapatkan kepercayaan pelanggan kerana memberi servis yang terbaik dalam mengabadikan setiap momen.



“Sebelum menubuhkan syarikat, kami membuat kajian di Malaysia sebab pada 2015 tidak banyak lagi yang menawarkan servis 360 Video Booth kerana ia popular di Amerika Syarikat. Kami belajar sendiri kerana melihat perkhidmatan ini boleh menjadi nilai tambah dalam setiap acara, bukan hanya untuk majlis perkahwinan.

“Setiap tahun saya menyaksikan peningkatan permintaan bukan saja di Lembah Klang, malah seluruh Semenanjung. Dengan bermula secara kecilan bersama suami, kini kami mempunyai 20 kakitangan yang berdedikasi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Hanyalah Sebuah Parti Dan Hadi Bukan Wali




“Kami sangat menitikberatkan perkhidmatan yang diberikan mampu memberi kepuasan kepada pelanggan dan terkini syarikat memperuntukkan pelaburan membawa masuk teknologi fotografi AI Photo Booth.

“AI Photo Booth mempunyai kelebihan menukar gambar latar belakang pada bila-bila masa serta hasil gambar boleh dicetak atau disimpan terus ke telefon pintar selain terdapat lebih 50 karektor AI boleh dipilih,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, tahun ini, Paparazzi akan memfokus menambah lebih banyak peralatan berteknologi terbaharu untuk memenuhi permintaan yang semakin berkembang.

Nursyelina berkata, dalam tempoh tiga ke lima tahun lagi, Paparazzi menyasarkan untuk menjadi pusat sehenti untuk membekalkan kelengkapan bagi segmen hiburan.



“Kami mahu Paparazzi menjadi syarikat yang boleh sediakan semua jenis perkhidmatan photo booth, backdrop, teknologi dan perisian terkini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Selain itu, harga yang kami tawarkan adalah bermula dari RM899 (untuk Instant Photobooth) dan ke atas mengikut pakej yang dipilih dan bagi servis yang paling mendapat permintaan, 360 Video Booth, ia bermula pada harga RM2,000 mengikut pakej jam (minimum dua jam).

“Bagaimanapun, bagi mereka yang mempunyai bajet kecil kami turut menyediakan servis mengikut keperluan masing-masing,” katanya.

Kendali lebih 1,000 acara


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bila tarikh sebenar Perikatan Nasional akan bentuk kerajaan?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button