Sup Ayam Simple, Tapi Cukup Sedap

Sup Ayam Simple, Tapi Cukup Sedap

Sup Ayam Simple, Tapi Cukup Sedap
Sup Ayam Simple, Tapi Cukup Sedap

Masa Penyediaan: 30 minit,
Masa Memasak: 20 minit
Jumlah Hidangan: 5 orang makan

Kali ni kita masak sempoi-sempoi je yang sesuai sangat untuk mak-mak yang sibuk tapi tak tau nak masa apa untuk family ataupun sesuai juga untuk dapur bujang iaitu sup ayam. Sedap sangat kalau makan panas-panas terutama sekali kalau waktu tak ada selera ke ataupun waktu kurang sihat.

Che Nom akan share cara yang selalu masak dekat rumah. Walaupun sikit bahan-bahannya tapi kita olah biar lebih mantap hasil dia. Yang penting sup perlu reneh perlahan supaya keluar semua rasa terutamanya dari sum-sum tulang ayam tu. Sedap kalau makan dengan nasi panas ataupun bubur nasi. Makan pulak dengan telur masin ke atau sambal belacan memang terbaik.



Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan:
    • 3 biji bawang merah kecil
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 3 sb minyak masak
    • Sup bunjut
    • 1/2 ekor ayam
    • 1/2 sb serbuk lada sulah atau lada hitam
    • Air secukupnya
    • 1/2-1 batang lobak merah
    • 2 biji kentang
    • Daun sup
    • 1/2 kiub pati ayam
    • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk sup ayam:
    1. Potong kasar bawang merah kecil, bawang putih dan halia. Kemudian tumbuk halus
    2. Potong lobak merah dan kentang. Kemudain rendam dalam air.
    3. Potong daun sup dan asingkan batang dan daun.
    4. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk halus sampai naik bau.
    5. Masukkan sup bunjut dan ayam. Tutup kuali dan masak sampai ayam kecut dan sedikit perang.
    6. Masukkan batang daun sup, serbuk lada sulah ataupun lada hitam. Kacau sebati.
    7. Masukkan air (agak-agak tenggelam ayam atau lebihkan kalau nak lebih kuah).
    8. Boleh masukkan kentang dan lobak merah, kemudian masak sampai ayam dan kentang masak.
    9. Masukkan kiub pati ayam dan garam.
    10. Tabur hirisan daun sup dan bawang goreng.

 

Tip:

 



  • Potongan lobak merah dan kentang kena bagi sama besar, bila masak nanti semuanya akan masak sekata, masak pada masa yang sama.
  • Selepas potong kentang dan lobak merah, rendam untuk elak kentang oxidise jadi perang dan carrot stay fresh.
  • Untuk potong perlulah guna pisau yang tajam dan jangan dedahkan hujung jari, boleh terkena pisau, masa pegang bahan kena hala ke bawah, kita sembunyi macam mencengkam dan slow-slow gerak ke belakang.

Daging Masak Kicap Dan Kentang

Sup Ayam Simple, Tapi Cukup Sedap

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button