Projek Kuantan Art Street

Kuantan – Kuantan Art Street diberi nafas baharu oleh 13 anak Pahang menerusi Projek 06 yang membawa maksud kod kelahiran Negeri Pahang. Ia merupakan projek mural sepanjang 200 meter yang menampilkan pelbagai lukisan mural beridentiti Negeri Pahang contohnya mural poskod Kuantan, iaitu 25200.

Sebelum ini, lokasi tersebut merupakan sebuah lorong yang gelap dan suram.


Jangan Sampai Bangsaku Tiada Negara
Itulah kata-kata yang ditulis di salah sebuah bangunan rumah kedai di Kuantan. Kata-kata tersebut turut dilengkapi lukisan mural dua orang tokoh pahlawan negeri Pahang iaitu Mat Kilau dan Tok Bahaman.



Bila tengok lukisan mural ni, memang terbakar semangat cintakan negeri dan negara. Tak tergambar pengorbanan pahlawan negara mempertahankan tanah air tercinta.

Lukisan ni merupakan sebahagian daripada Projek Kuantan Art Street dan direka bagi menarik minat anak muda menghayati sejarah negeri Pahang dan menghargai perjuangan pahlawan.

Namun, setelah diberi nafas baharu, kini lokasi berkenaan menjadi salah satu lokasi pilihan pengunjung untuk membawa keluarga bersiar-siar ataupun mengambil gambar.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button