10 Soalan Gila Yang Patut Anda Tanya Sebelum Kahwin!”

10 Soalan Gila Yang Patut Anda Tanya Sebelum Kahwin!”

10 Soalan Gila Yang Patut Anda Tanya Sebelum Kahwin!"
“Awak dah makan?” “Awak dah mandi?”
Haa soalan-soalan cepumas yang selalu kita tanya dekat pasangan.. Sehinggakan kita lupa soalan sebenar yang patut kita tanya. Lumrah bercinta hanya jumpa beberapa jam saja sehari, Itu belum lagi yang P.J.J Percintaan Jarak Jauh yang jumpa beberapa tahun saja setahun. Tahukah anda asal usul si dia? Kalau tak, inilah masanya untuk bertanyakan 10 Soalan Gila Yang Patut Anda Tanya Sebelum Kahwin supaya anda tidak tertipu dengan lelaki buaya! Sepatutnya ada 100 soalan tapi SC singkatkan pada 10 soalan wajib!!!

10 Soalan Gila Yang Patut Anda Tanya Sebelum Kahwin!"

1. “Rumah keluarga awak di mana?”

Kahwin bukan saja kena sayang dia tapi juga keluarganya. Anda mesti kena tanya dari sekarang di mana rumah keluarganya, mak ayah awak buat apa, apa nama mereka, berapa ramai saudara mara dia dan seumpamanya. Penting soalan ini, kerana pasti anda akan selalu pulang ke kampungnya untuk menguruskan majlis, raya, kenduri dan lain-lain. Kalau anda tidak pernah dibawa ke rumah keluarganya dan berkenalan dengan keluarga pasangan anda, inilah masa untuk lakukannya, Lelaki yang jujur pasti tiada masalah untuk berkongsi pada anda tempat dia dibesarkan. Sama ada dia miskin atau kaya, di sini anda boleh tahu asal usul sebenar bakal suami anda.

2. “Awak kerja kat mana?Spesifik sikit!”

Jangan terkejut kerana ramai wanita tak tanya soalan sensitif macam ini. Lebih ramai yang memilih untuk cukup tahu dia bekerja apa dan tidak soal lebih banyak. Banyak kes bercerai zaman sekarang bila lepas berkahwin, lelaki tidak bekerja dan hanya si isteri menanggung suami. Di sinilah anda kena semak betul-betul sama ada pasangan anda itu betul-betul bekerja di tempat yang dia katakan atau hanya temberang. Semak dia kerja berapa jam seminggu dan bagaimana bidang kerja si dia,

10 Soalan Gila Yang Patut Anda Tanya Sebelum Kahwin!"

Lebih baik anda soal selidik dari sekarang dari menyesal lepas kahwin! Lelaki yang jujur tiada masalah untuk beritahu anda nama syarikat, nama jabatan, jawatan yang digalas, alamat tempat kerja dan sebagainya kerana dia ikhlas ingin mengahwini anda. Lebih details:

1. Are you working on your chosen field?
2. How many hours a week do you work?
3. What does your job entail? (For example, do you often travel for business, work at home, performs dangerous tasks?)
4. What is your dream job?
5. Have you ever been called a workaholic?
6. What is your retirement plan? What do you plan to do when you stop working?
7. Have you ever been fired?
8. Have you ever quit a job suddenly? Have you changed jobs a lot?
9. Do you consider your work a career or just a job?
10. Has your work ever been a factor in the breakup of a relationship?



Kalau semua info yang diberikan adalah betul, bolehlah anda ke langkah seterusnya,

3. “Income you berapa?”

Haa..berani tak tanya soalan ini?? Kalau dia sama pekerjaan dengan anda, tak perlulah tanya sebab sah-sahlah gaji dia sama banyak dengan u.. Tapi kalau dia you kenal entah dari mana (jatuh dari langit atau jatuh dari Instagram) inilah masanya untuk tahu lebih dalam tentang si dia! Tanyakan je secara spontan lebih kurang sebulan gaji dia berapa untuk kebaikan anda juga!. Tanya juga kereta/motor yang dipakai itu beli atas namanya atau sebenarnya pinjaman dari orang tua.

Percayalah, lepas kahwin sama ada nak atau tak nak anda kena jugak tanya berapa banyak pendapatan dia bawa pulang setiap bulan. Kalau anda tiada masalah dengan income si dia, tak mengapa. Tapi akan jadi masalah bila anda kira-kira tidak cukup! Jadi untuk mengelakkan lebih banyak masalah dari segi pembahagian belanja di kemudian hari, lebih baik anda ketahui dari awal!
4. “Awak boleh buat kerja rumah tak?”
Biasa kan dengar lepas kahwin pasangan mengadu yang penat buat kerja rumah dan tiada siapa tolong. Lebih-lebih lagi kalau sudah ada anak, si suami hanya tahu baca suratkhabar dan tunggu isteri hidangkan kopi tanpa sebarang usaha untuk membantu isteri uruskan rumah tangga.
‘I hate to see you working so hard…close the door would you, dear!’
Di sinilah anda kena tanya awal-awal pada si dia apa kerja yang biasa dia buat di rumah atau pakai pembantu rumah. Lebih baik anda tanya sama ada di rumah, bapanya ada melakukan sebarang kerja rumah seperti mengemas, basuh baju atau sekurang-kurangnya tukar lampin anak. Kebiasaannya untuk kita tahu pasangan kita bagaimana, lihat cara di rumah keluarganya.

5. “Bila kali terakhir anda bercinta? Kenapa putus? Spesifik sikit”

Biasa lelaki mahu mengelak bila ditanya soalan pasal bekas kekasih. Tetapi lebih baik anda tanya sekarang dengan penuh perincian supaya tiada syak wasangka antara anda dan si dia. Sila tanya hubungan yang paling lama pernah dia miliki sebelum bertemu anda dan kenapa mereka putus. Minta dia berterus terang dan lihat sama ada dia mengutuk bekas kekasihnya atau telah belajar kesilapannya dari hubungan yang lalu. Tanya juga adalah si dia tidak kisah untuk menjemput bekas kekasihnya datang ke majlis perkahwinan anda berdua nanti. Jika dia tiada masalah untuk hantar kad jemputan kepada bekas kekasih itu maknanya dia telah lupakan sepenuhnya mengenai bekas kekasihnya itu.
6. “Apakah “kahwin” pada anda??”
 Perkara yang utama dalam perkahwinan adalah hubungan seks dan ia sebahagian dari nafkah batin. Soalan ini memang sensitif untuk ditanya tapi anda dan si dia kena berfikiran terbuka kerana hubungan seks akan menentukan corak perkahwinan anda nanti. Tapi..jangan sesekali cuba ‘trial’ sebelum kahwin untuk dapat jawapan ini.! Kena parang nanti!
Tanya pada dia apakah maksud “kahwin” pada si dia, adakah ia untuk keseronokan semata-mata? untuk buat anak? Dia mahu berapa orang anak dan adakah kamu ingin merancang keluarga? Tanya juga apakah ciri-ciri wanita yang boleh buatkan dia tergoda? Mungkin dia sukakan wanita yang berambut blonde, kurus atau berisi, cerah atau gelap dan sebagainya. Kalau anda prihatin,lepas kahwin anda boleh sedikit sebanyak mengikuti ciri-ciri wanita idamannya yang buatkan dia sentiasa tergoda dengan anda.

7. “Awak pernah ada apa-apa penyakit serius tak?”

Bab-bab kesihatan ni jangan buat main!! Kalau si dia ada penyakit jantung dan dirahsiakan dari anda, takut nanti bila anda maklumkan berita mengejut, si dia dapat heart attack pulak! Malah nak kahwin pun anda kena buat ujian HIV dan Talasemia sebagai syarat-syarat perkahwinan. Jadi lebih baik anda prihatin dan tanyakan pada dia sama ada dia atau keluarganya ada apa-apa penyakit serius seperti Kanser, Leukimia, hepatitis, penyakit jiwa dan sebagainya. Anda juga kena jujur padanya jika ada sebarang masalah kesihatan walaupun sekecil rabun jauh!!. Dia juga yang nak jaga anda lepas kahwin nanti!

8. “Awak merokok, hisap dadah atau minum arak tak? Ada terfikir nak berhenti?”

Anda kena berterus terang dengannya dan begitu juga si dia,
Kalau dia seorang lelaki Islam, tanya pada dia jika pernah ambil dadah atau minum arak. Jika ya, adakah dia telah berhenti atau mahu meneruskan lagi gaya hidup macam itu. Jika dia merokok,adakah dia pernah terfikir untuk berhenti/ kurangkan atau memang takkan berhenti sampai bila-bila?Anda berhak untuk tanya soalan ini sebab jika gaya hidup ini diteruskan dan bawa masalah lain nanti anda juga yang kena tanggung! Apa saja jawapannya jika anda benar-benar boleh terima, tak mengapa..bolehlah anda teruskan ke langkah seterusnya. Tapi, jika dia berjanji untuk berhenti, pastikan anda ingat janjinya itu dan tuntut semula di kemudian hari.

9. “Awak bagi nafkah elaun tak lepas kahwin nanti?”

Haaa soalan ni memang sensitif tapi wajib anda tanya dari sekarang! Masalah duit lepas kahwin menjadi punca utama ketegangan rumah tangga! Memang soalan ini tak romantik, tapi lebih baik tak romantik sekarang dari bergaduh kemudian hari.

Untuk uruskan rumah tangga, kita juga kena pandai bahagikan sumber kewangan untuk bayar bil, beli bahan mentah, bayar sewa dan banyak lagi. Sebagai isteri anda juga berhak untuk dapat elaun zahir dari suami. Tanyalah pada dia berapa dia mampu berikan selepas kahwin, bagaiman dia mahu berikan elaun tersebut dan adakah anda setuju dengan pemberian itu.

10. “Awak sokong parti mana?”

Pendirian politik juga penting dalam menentukan corak perkahwinan anda. Anda mesti nak tahu sama ada dia ekstremist atau hanya bersikap atas pagar. Seperti yang anda sedia maklum, ada parti politik di Malaysia yang sanggup bercerai suami isteri jika tida menjadi ahli parti yang sama. Pastikan pilihan parti anda dan si dia tidak sampai merosakkan rumahtangga yang bakal dibina.

10 Soalan Gila Yang Patut Anda Tanya Sebelum Kahwin!"

Dah dapat dah semua jawapan-jawapan ini? Harap dengan jawapan yang diberikan pasangan anda membuatkan anda lebih yakin untuk menjejakkan kaki ke alam rumahtangga. Tapi kalau jawapan yang anda dapat tidak begitu memuaskan, make sure pikir banyak kali sebelum membuat keputusan. Perkahwinan bukan perkara main-main ya…!

Anwar Ibrahim ‘wajib’ dilantik sebagai PM



10 Soalan Gila Yang Patut Anda Tanya Sebelum Kahwin!”

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar Ibrahim ‘wajib’ dilantik sebagai PM



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button