Mungkinkah Anwar Akan Cabar Ismail Sabri Di Bera?

Mungkinkah Anwar Akan Cabar Ismail Sabri Di Bera?

Mungkinkah Anwar Akan Cabar Ismail Sabri Di Bera?

Penulis tertarik dengan artikel yang diterbitkan oleh rakan penulis bertajuk ‘Ismail Sabri dalam β€œradar” PH untuk ditumbangkan.’

Baca di sini:



https://my-tv.online/2022/09/14/ismail-sabri-dalam-radar-ph-untuk-ditumbangkan/

Sebenarnya, apa yang ditulis oleh rakan penulis itu adalah selari dengan khabar angin yang penulis terima.

Namun tidak dapat dipastikan kesasihan maklumat tersebut, tetapi rasionalnya ada.

Anwar sebelum ini sudah memaklumkan akan bertanding di peringkat parlimen dalam PRU 15, tetapi beliau masih belum menetapkan di parlimen mana.



Menurut artikel yang ditulis (link di atas), selepas Pakatan Harapan berjaya memenjarakan DS Najib, kini presiden UMNO dikatakan dalam laluan yang sama.

Pakatan Harapan dikatakan tidak terlalu memberi fokus untuk menyerang Timbalan Presiden UMNO, DSU Mohamad Hassan (Tok Mat).

Ini adalah kerana Tok Mat dilihat tidak mempunyai ‘political baggage’ dan Pakatan Harapan beranggapan Tok Mat sebagai orang baharu di peringkat pusat.

Jadi tidak ada keperluan untuk mereka membunuh karier politik Tok Mat.



Bang Non… On Tak On?

Tumpuan kini sedang diberikan untuk membunuh karier politik Ismail Sabri.

Dalam hirarki UMNO, Ismail Sabri adalah orang ketiga dan di dalam kerajaan, beliau berada di kemuncak.

Tidak dapat dinafikan, sedikit sebanyak Ismail Sabri pasti mempunyai pengaruh di peringkat akar umbi di seluruh negara.

Jadi Ismail Sabri tidak boleh dibiarkan ke sana dan ke sini untuk membantu Barisan Nasional dalam PRU 15.



Ismail Sabri mesti diberikan saingan calon ‘heavy wieght’ untuk membuatkan beliau tidak dapat bergerak dari Bera.

Apabila ini berlaku, sudah pasti UMNO/BN yang sudah kehilangan 2 panglima perang, DS Najib dan DS Zahid akan menjadi seperti anak ayam kehilangan ibu.

Benar Tok Mat masih berkemampuan untuk mengemudi jentera pilihanraya, tetapi beliau masih belum ada pengalaman mengepalai jentera pilihanraya di peringkat pusat ketika perang besar.

Juga benar, Tok Mat adalah seorang yang bijak, tetapi dalam menghadapi peperangan besar, kebijaksanaan sahaja tidak mencukupi.



Pengalaman lebih diperlukan kerana ianya adalah senjata yang ampuh untuk membaca gerak dan serangan musuh.

Sekiranya DS Najib dan DS Zahid ada di luar, Tok Mat boleh mereka bimbing.

Ismail Sabri pula sudah pasti terlalu sibuk menghadapi saingan dari Anwar Ibrahim di Bera.

Jadi, Ismail Sabri akan ‘dibisukan’ di Bera dengan terpaksa menghadapi Anwar di sana.



Namun begitu, mesej dari kem Ismail Sabri kepada Anwar ialah membujur lalu melintang patah, LAWAN TETAP LAWAN.

Sekarang terpulang kepada Anwar Ibrahim.

Apa macam Datuk Seri, ada beranikah atau on ker tak on..πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰.

 

Mungkinkah Anwar Akan Cabar Ismail Sabri Di Bera?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button