Nelayan dikhuatiri lemas ketika cuba membuang tali tersangkut pada kipas bot

Nelayan dikhuatiri lemas ketika cuba membuang tali tersangkut pada kipas bot

Nelayan dikhuatiri lemas ketika cuba membuang tali tersangkut pada kipas bot
Bot nelayan yang rosak selepas tali terbelit kipas. Gambar kecil, Abdulloh Dueramee. – Foto APMM

CHUKAI: Seorang nelayan dikhuatiri lemas ketika turun ke laut untuk cuba membuang tali yang terbelit pada kipas bot, kira-kira 17 batu nautika dari Kuala Kemaman, semalam.

Abdulloh Dueramee, 48, warga Thailand disedari tidak timbul selepas melakukan selaman kira-kira jam 1 tengah hari.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata mangsa dikatakan menaiki sebuah bot keluar menangkap ikan bersama seorang rakannya sejak Jumaat lalu.



Ketika dalam perjalanan pulang ke jeti Kuala Kemaman, bot mangsa rosak dan tidak boleh bergerak.

“Ketika membuat pemeriksaan, mangsa mendapati kerosakan itu disebabkan kipas bot terbelit tali.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Isu stokin – Pendirian PAS berpaksi politik, bukan berpaksi agama




“Mangsa dikatakan terjun membuat selaman untuk membuang tali terbabit dan selepas beberapa kali selaman, mangsa tidak timbul,” katanya.

Ariffin berkata, rakan mangsa yang menyedari keadaan itu kemudiannya menghubungi tekong bot terbabit untuk memaklumkan kejadian itu.

“Sebaik menerima laporan, kami melancarkan operasi mencari dan menyelamat mangsa dengan menggunakan sebuah bot Perkasa 49 ke tempat kejadian jam 1.30 tengah hari.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa ditangguhkan jam 7 malam semalam dan akan disambung semula pada pagi ini,” katanya.



Nelayan dikhuatiri lemas ketika cuba membuang tali tersangkut pada kipas bot

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isu stokin – Pendirian PAS berpaksi politik, bukan berpaksi agama



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button