2 maut seorang parah, Proton Saga rempuh motosikal

2 maut seorang parah, Proton Saga rempuh motosikal

2 maut seorang parah, Proton Saga rempuh motosikal
Dua maut, seorang parah dalam kemalangan membabitkan Proton Saga dan Honda Wave berhampiran sebuah tanah perkuburan di kilometer (KM) 47, Jalan Batu Pahat – Mersing, di Kluang Johor. – Foto Bomba

KLUANG: Dua maut, seorang parah dalam kemalangan membabitkan Proton Saga dan Honda Wave berhampiran sebuah tanah perkuburan di kilometer (KM) 47, Jalan Batu Pahat-Mersing, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata mangsa yang maut adalah penumpang hadapan Proton Saga, V Prashaanthan, 20, dan penunggang motosikal, T Ravindran, 51 dalam kejadian jam 3.47 pagi.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati Proton Saga dari arah Batu Pahat menghala ke Kluang manakala Honda Wave dari arah bertentangan.



“Sebaik tiba di tempat kejadian iaitu di jalan selekoh, Proton Saga dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Honda Wave.

“Kereta itu kemudian terbabas melanggar tiang lampu di sebelah kanan jalan dan melanggar penunggang motosikal.

“Akibat dari kemalangan itu, seorang penumpang hadapan Proton Saga dan penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Beliau berkata, pemandu Proton Saga, B Nantha Kumar, 30, dikejarkan ke Zon Merah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), di sini kerana parah di kepala, leher selain patah tulang belakang.



“Penumpang belakang Proton Saga, B Sathis Kumar, 27, pula cedera dikejarkan ke HEBHK untuk rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam pada itu, sebuah jentera FRT dan EMRS dengan kekuatan keseluruhan seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kluang telah dihantar ke tempat kejadian.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Jusoh Mohd Salleh,



pihaknya menggunakan kren bagi mengeluarkan penunggang motosikal yang tersepit di bawah kereta.

“Pemandu Proton Saga juga tersepit di tempat duduknya dan Pasukan keluaran operasi (PKO) bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas,” katanya.

“Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Kluang Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya pada jam 3.47 pagi dan ditamatkan pada jam lebih kurang 4.50 pagi tadi,” katanya.

Kanak-kanak 12 tahun ditemui lemas dalam kereta



2 maut seorang parah, Proton Saga rempuh motosikal

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Umum rehat politik, Azmin takut kalah




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading