“Saka” rayu Mahathir jadi PM sekali lagi?

Mahathir 'mahu tapi malu'

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


"Saka" rayu Mahathir jadi PM sekali lagi?

Bekas PM, Tun Mahathir mengakui ramai yang merayu agar beliau kembali sebagai Perdana Menteri buat kali ketiga. “Saka” siapa sebenarnya merayu kepada beliau?



Menoleh rekod Mahathir sepanjang menjadi PM kali ke-2 pada 2018 – 2020, sebenarnya tidak ada apa yang boleh dibanggakan Pakatan Harapan. 

“Saya tak bersedia tapi banyak orang suruh, jadi waktu ini saya tak buat keputusan apa-apa. Saya tak tolak saya tak terima,” – Mahathir Mohamad – Utusan

Jika dahulu beliau merupakan PM paling berkuasa, itu adalah kerana Umno menguasai kerajaan dan beliau dikelilingi orang Umno dan bersedia menjadi galang ganti jika ada ancaman dalam politiknya.

Namun, keadaan berbeza ketika Mahathir memilih bersama DAP dan PKR, parti yang pernah menjadi musuh utama beliau dalam politik.



Dikelilingi ‘bekas musuh’, apa yang boleh diharapkan dari Mahathir untuk kepentingan Kaum Bumiputera atau lebih tepat Orang Melayu?

Untuk mendapat persetujuan pembentukan dasar juga memerlukan sokongan ‘bekas musuh’, jadi Mahathir pada waktu itu merupakan seorang Perdana Menteri paling lemah.

Siapa boleh lupa apa gelaran yang diberikannya terhadap Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim? Malah, Anwar pernah memanggil Mahathir sebagai ‘Mamak Bendahara’ dan mendesak rakyat menggulingkan Mahathir.

Belum lagi jika disusun semua kenyataan beliau terhadap DAP, sikap cauvinis parti itu termasuk sikap kiasu DAP yang tebal.



 "Saka" rayu Mahathir jadi PM sekali lagi?

DEMI ‘KUASA’, MAHATHIR SANGGUP TELAN ‘KAHAK’

Tetapi, demi kuasa, Mahathir telah menelan semua ‘kahak’ yang pernah diludahkannya.

Pada usia 97 tahun, sifat rakus untuk berkuasa masih menghantui Mahathir.

Ramai tertanya mengapa beliau begitu obses untuk menjadi PM sekali lagi.



Benarkah Mahathir mahu memastikan laluan anaknya – Mukhriz Mahathir dalam politik berjalan lancar tanpa ada halangan untuk menjadi PM?

Pendapat lain pula mengemukakan teori Mahathir mahu menutup kesalahan lampau beliau.

Mahathir terkenal telah banyak memberi keuntungan kepada kroni kroni terpilih menerusi pelbagai projek mega dalam negara.

Itu belum lagi berbicara mengenai teori penglibatan Mahathir sebagai ‘God Father’ dalam siri skandal kewangan negara termasuk kisah ‘Skandal Forex’ yang pernah diterbitkan oleh Lim Kit Siang.



Terlalu banyak ‘kisah belakang tabir’ yang perlu dibersihkan Mahathir sebelum beliau menutup mata dan semuanya perlu dibereskan ketika menjadi Perdana Menteri.

Jadi tidak menghairankan jika tiba-tiba Mahathir menerima bisikan ‘saka’ yang meminta beliau untuk kembali menjadi PM buat kali ke-3 dan terakhir.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button