Hala tuju GTA parti Mahathir sama dengan janji 100 hari PH penuh kegagalan

KUALA LUMPUR – Hala tuju Gerakan Tanah Air (GTA) yang diumumkan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam diibaratkan setaraf dengan janji 100 hari yang penuh penipuan dan gagal.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, hala tuju tersebut juga boleh disebut sebagai ‘janji 100 hari 2.0’.

Menurut beliau, fokus GTA ialah rakyat yang kebiasaannya tidak bersuara dalam politik dan gerakan berkenaan mahu menyatukan mereka yang tidak berparti.

“Tetapi sudah dibuktikan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Sasaran GTA itu gagal. Semua calonnya hilang deposit.

“Tun Mahathir sudah banyak peluang kerana dua kali jadi Perdana Menteri. Dia mensia-siakan peluang kali kedua.

“Dia zalim kepada rakyat dengan janji 100 hari. Bahkan semakin zalim pada musuh politiknya. Rakyat tetap gerun dengan hala tuju terbaharunya,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir menyatakan bahawa GTA menggabungkan para pencinta negara yang berpegang kepada keluhuran undang-undang dan kemajuan.

Beliau turut menyatakan, pemimpin dan ahli GTA bersih daripada segala jenayah dan tidak berkepentingan peribadi.

© Malaysia Gazette

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker