Nilai bitcoin jatuh bawah paras AS$20,000

BENGALURU: Dagangan Bitcoin hari ini susut 1.54 peratus kepada AS$19,804, jatuh di bawah paras AS$20,000 selepas kehilangan AS$310 daripada penutup sebelumnya.

Mata wang kripto terbesar dan paling dikenali di dunia itu menjunam 58.9 peratus daripada paras tertinggi tahun ini AS$$48,234 pada 28 Mac lalu.

Ether, syiling yang dikaitkan dengan rangkaian blockchain ethereum, jatuh 3.2 peratus kepada AS$1,422.1 hari ini, kehilangan AS$47 daripada penutup sebelumnya.



-Reuters

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button