IU beri sumbangan RM653,000 sempena ulang tahun ke-15 jadi artis
Murahnya hati!
IU beri sumbangan RM653,000 sempena ulang tahun ke-15 jadi artis
PENYANYI IU membuat sumbangan berjumlah kira-kira RM653,000 sempena menyambut ulang tahun ke-15 dia berkecimpung dalam industri seni.
Jumlah tersebut diberikan kepada dua badan kebajikan iaitu Asan Foundation dan Seoul Metropolitan Child Welfare Association.
IU menyampaikan sumbangan berkenaan di bawah nama UAENA di mana ia merupakan gabungan bersama kelab peminat.
Sumbangan itu bakal digunakan untuk tujuan membantu kos perubatan wanita dan kanak-kanak penghidap kanser yang berdepan dengan masalah kewangan.
ARTIKEL BERKAITAN: Jisoo Blackpink dedah sikap pelik, gemar mandi hanya separuh badan
Menerusi satu kenyataan dikongsi oleh IU, dia mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang telah banyak menyokong kerjaya seni selain berharap sumbangan yang diberikan itu dapat memberi manfaat kepada golongan memerlukan.
“Kita telah sama-sama mencipta keajaiban sepanjang 15 tahun ini. Saya ingin berkongsi sesuatu dengan penuh rasa syukur.
“Saya harap kita akan terus bersama untuk membawa keajaiban kepada orang lain. Terima kasih dan saya sayang anda semua,” ujarnya seperti yang dipetik dari Soompi.
IU beri sumbangan RM653,000 sempena ulang tahun ke-15 jadi artis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ROS Akan Batalkan Kemenangan Jawatan Timbalan Presiden PKR Yang Di Menangi Rafizi?
- Usaha Muhyiddin Cuci Tangan Dengan Menyalahkan Ismail Sabri Dalam Masalah Ekonomi
- Ismail Sabri Kembali Kepada UMNO, Tiada Lagi Bisikan ‘Syaitan’ Selepas PRU 15
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :