Pemuda nekad panjat pencawang elektrik
Bengang hajat bawa pulang isteri dihalang bapa mentua
Pemuda nekad panjat pencawang elektrik

Horilal memanjat pencawang elektrik setinggi 23 meter kerana bengang dengan bapa mentuanya.
SEORANG pemuda mengambil tindakan luar jangka dengan memanjat pencawang elektrik selepas isterinya enggan mengikutnya pulang ke rumah.
Berang permintaanya ditolak, Horilal lantas memanjat pencawang eletrik setinggi 75 kaki (23 meter) bertujuan cuba memberi tekanan kepada mentuanya.
Polis yang bergegas ke tempat kejadian segera memujuk Horilal untuk turun, tetapi tidak berjaya.
Lelaki itu akhirnya turun selepas pihak polis memberi jaminan bahawa mereka akan menghantar isterinya pulang.
Polis kemudian membawa Horilal ke balai polis, manakala keluarga mentuanya turut dipanggil untuk disoal siasat.
Sehingga kini, tidak diketahui mengapa bapa mentua Horilal melarangnya membawa pulang isterinya ke rumah.
Video itu menjadi tular selepas dimuat naik di Twitter. – India.com
Pemuda nekad panjat pencawang elektrik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mengapa Pengundi Atas Pagar Terutamanya Bangsa Cina Masih Menolak BN
- Perbalahan Antara Ismail Sabri Dan Muhyiddin Sudah Di Anggap Seperti Cerita Gembala Dan Orang Kampung
- Serangan Muhyiddin Kepada Ismail Sabri Menunjukkan Muhyiddin Sudah Koyak Teruk
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :