Tom GV9 menyesal buat tatu

Tom GV9 menyesal buat tatu

Tom GV9 menyesal buat tatu
TOM GV9 yang memiliki tatu di lengan.

Kuala Lumpur: “Saya tak bangga pun dengan benda (tatu) itu. Ia adalah khilaf lama yang tak boleh padam.”

Demikian kata penyanyi Tom yang juga peserta program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) menerusi rakaman video yang dimuat naik di TikTok memaparkan dirinya memiliki tatu di bahagian lengan.

Tom, 36, atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram berkata, disebabkan tatu itu juga ramai beranggapan dia bukan Muslim dan muallaf.

“Saya menyesal sebab buat tatu ini. Saya mengaku salah saya. Ia sudah lama ketika saya senyap daripada industri muzik. Ketika itu tak berfikir panjang. Tengok kawan-kawan ada, saya pun nak buat juga.

“Apa saya buat, ia salah saya sendiri. Bukan salah sesiapa atau didikan ibu bapa. Saya terima kalau ada yang nak kecam. Saya tak boleh salahkan mereka.



Menurut Tom yang pernah menjuarai program My Starz LG musim ketiga pada 2010, tindakan melukis tatu dibuat tanpa memikirkan dia bakal kembali memeriahkan industri hiburan tanah air.

“Apa boleh buat, ia memang sesuatu yang buruk pun. Macam dikatakan, saya tak salahkan netizen yang melihat sebab itu penampilan saya ketika membuat persembahan di tepi pantai di Langkawi.

“Dulu tak terfikir akan membuat kemunculan semula. Tak nak ambik tahu pun semua itu. Selama ini saya menjalani kehidupan seperti orang biasa. Apatah lagi selama empat tahun di Langkawi, saya macam orang lain yang duduk tepi pantai.

“Sekarang ini, saya lebih tertutup. Saya cuba untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Tidak menjangka sama sekali perhatian dan sambutan diberikan kepada saya selepas sidang media GV tempoh hari,” katanya.



PN Di Jangka Akan Menarik Sokongan

Tom GV9 menyesal buat tatu

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :




PN Di Jangka Akan Menarik Sokongan

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button