Tauhu Begedil Dan Sambal Kicap Yang Padu
Tauhu Begedil Dan Sambal Kicap Yang Padu
Tauhu begedil yang pernah viral suatu ketika dulu tapi sekarang masih ramai yang sukakan menu ni dan juga menjadi punca rezeki untuk jualan. Apa yg menentukan sedap tak sedap tauhu begedil tu, inti begedilnya mestiah cukup semua rasa dan tektur yang sempurna, dan sambal kicap mestilah padugabungan tu yg akan membuatkan tauhu begedil ni larisatau laku keras org kata. NOTA PENTING: untuk salutan yang lebih garing, campur 1-2 sudu besar tepung jagung dalam adunan telur.
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan untuk tauhu begedil:
- 300g / 25-30 biji tauhu kering
- biji bawang besar
- 150g daging kisar
- 6-7 biji kentang
- 3 tangkai cili merah
- sedikit daun sup
- cawan bawang goreng
- sudu kecil lada sulah
- garam secukup rasa
- 2 biji telur
- secubit garam
- Bahan-bahan untuk cili kicap:
- biji bawang besar
- 3 biji bawang merah
- 5-6 ulas bawang putih
- 10 tangkai cili padi
- 2 tangkai cili merah
- sedikit minyak
- Anggaran 1 cawan kicap manis ABC
- Anggaran 1/3 cawan kicap manis cap Kipas Udang
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk tauhu begedil:
- Gunting permukaan tauhu kering dan keluarkan isinya. Asingkan dulu isi dan tauhu kering.
- Cincang halus daun sup dan cili merah.
- Hiris nipis kentang dan bawang merah. Kemudian potong dadu biji bawang besar.
- Panaskan minyak dan goreng hirisan bawang merah sehingga kekuningan dan garing. Gorengkan dengan api yang sederhana.
- Angkat dan toskan minyak selepas bawang merah kelihatan keperangan.
- Kemudian, goreng kentang sehingga sedikit kekuningan lalu angkat dan toskan minyak.
- Tumis bawang besar serta masukkan daging kisar. Gaul sehingga ia masak serta kering airmya.
- Tambah serbuk lada dan garam secukup rasa.
- Bila air daging sudah kering, angkat dan ketepikan dulu.
- Lenyek kentang goreng sehingga lumat lalu masukkan isi tauhu kering, cili merah, sedikit daun sup, daging kisar goreng, setengah cawan bawang goreng, lada sulah dan garam.
- Gaul rata kesemua bahan sehingga sebati.
- Bulatkan inti dan masukkan atau sumbat kedalam tauhu kering.
- Pecahkan telur kedalam mangkuk dan sedikit garam. Kacau sehingga rata.
- Celup tauhu begedil kedalam telur dan goreng kedalam minyak yang panas sehingga ia masak keperangan.
- Angkat dan toskan minyak lalu tauhu begedil siap untuk dihidang.
- Cara-cara untuk sambal kicap:
- Hiris kasar bawang besar, bawang merah dan bawang putih. Potong atau patahkan cili padi dan cili merah.
- Goreng bahan-bahan kedalam minyak panas dan masak sehingga ia layu serta lembut. Kemudian, angkat dan toskan minyak.
- Masukkan bahan kedalam pengisar. Tambah kicap manis ABC dan kicap manis cap Kipas Udang lalu kisar sehingga sederhana halus.
- Selepas siap dikisar, perah limau nipis jika mahu.
Tip:
- Kentang jika tidak dikupas kulitnya, pastikan cuci kentang sebersih-bersihnya untuk dimasukkan kedalam masakan. Selain itu, jika mahu direbus kentang, tidak perlu dihiris nipis.
- Pastikan bawang merah goreng tidak dibiarkan begitu lama dan cepat-cepat mengangkatnya selepas ia sudah masak keperangan. Hal ini kerana bawang itu masih dalam proses masak dimana ia akan cepat hangit dan menyebabkan rasa pahit serta tidak sedap.
- Bawang boleh diletakkan dibawah kipas selepas ditos jika tidak pandai mengagak masa mengangkatnya. Tips ini oleh dicuba ya.
- Jika tidak mahu menggunakan kaedah menggoreng kentang kerana takut berminyak, kentang boleh juga direbus. Bagi Che Nom, kentang yang digoreng kerana akan lagi sedap rasanya dan begedil lebih mudah dibentuk.
Berhenti kerja demi hasilkan fucuk dan tauhu
Tauhu Begedil Dan Sambal Kicap Yang Padu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PN Di Jangka Akan Menarik Sokongan
- ‘Jasa’ PH Kepada Penjawat Awam Sewaktu Mereka Berkuasa
- METMalaysia Sarankan PRU 15 Selewat Lewatnya Pertengahan November 2022