Liga Europa: Salah pecah rekod Eropah

Liga Europa: Salah pecah rekod Eropah

Liga Europa: Salah pecah rekod Eropah
SALAH (tengah) kini mengumpul 43 gol di pentas Eropah termasuk satu jaringan ketika menewaskan Toulouse 5-1 pada aksi Liga Europa awal pagi semalam. – AFP

LIVERPOOL – Penyerang berbisa Liverpool, Mohamed Salah terus mencipta impak tersendiri apabila memadam rekod le­genda Arsenal, Thierry Henry untuk muncul penjaring terba­nyak Eropah bagi pemain daripada kelab Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sebagai rekod, Salah menja­ringkan satu gol buat The Reds ketika menewaskan wakil Perancis, Toulouse 5-1 di Anfield awal pagi semalam, manakala empat lagi gol gergasi EPL itu dija­ringkan oleh Diego Jota, Wataru Endo, Darwin Nunez dan Ryan Gravenberch.

Ia menyaksikan Salah kini sudah mengumpul keseluruhan 43 gol di pentas Eropah dengan 41 jaringan dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) dan tambahan dua pada kempen Liga Europa musim ini.



Rekod Henry bersama Arsenal pula adalah 42 jaringan ­de­ngan 35 gol pada kempen UCL, manakala tujuh lagi apabila beraksi dalam saingan Liga Europa.

Sementara itu, pengendali Liverpool, Jurgen Klopp memuji ­prestasi pasukan secara keseluruhan selepas meraih kemena­ngan ketiga berturut-turut pada aksi Kumpulan E meskipun me­nurunkan ramai pemain muda.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kem siapa dalam BERSATU ‘pedajal’ Hamzah Zainudin?



“Saya semakin teruja me­nyaksikan prestasi pemain di atas padang. Mereka bukan sahaja memberikan seratus peratus di atas padang tetapi turut mempamerkan corak permainan yang cukup positif.

“Ini adalah malam sempurna kerana kita berjaya menjaringkan banyak gol dan juga tiada pemain yang cedera. Beberapa pemain muda yang diberikan peluang juga dapat pamerkan corak serangan terbaik,” katanya.

Selepas ini, Liverpool akan meneruskan aksi EPL menentang Nottingham Forest dengan harapan untuk meraih kemena­ngan ketujuh liga di Anfield malam esok. – AGENSI

Liga Europa: Salah pecah rekod Eropah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Kem siapa dalam BERSATU ‘pedajal’ Hamzah Zainudin?

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button