Pengantin perempuan meninggal dunia 5 minit selepas dinikahkan

Pengantin perempuan meninggal dunia 5 minit selepas dinikahkan

Pengantin perempuan meninggal dunia 5 minit selepas dinikahkan
Beberapa lelaki membawa keranda masuk ke dalam rumah. – Instagram

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan di Palembang, Indonesia meninggal dunia 5 minit selepas diijab kabul bersama pasangannya, lapor laman berita Liputan 6 hari ini.

Kisah sedih itu dimuat naik dalam akaun Instagram @viralyes.

Dalam video tersebut, sebuah van jenazah tiba di pekarangan rumah pengantin perempuan untuk membawa mayat wanita itu ke Hospital Mohammad Hoesin di Palembang.



Halaman rumah tersebut sudah disediakan khemah dan kerusi untuk tetamu. Namun, kelihatan beberapa lelaki bekerjasama membantu van jenazah masuk ke bawah khemah.

“Perkahwinan yang pada awalnya penuh kebahagiaan bertukar duka. Selepas 5 minit ijab kabul, pengantin perempuan menghembuskan nafas terakhir,” tulis akaun tersebut.

Pengantin perempuan dilaporkan meninggal dunia akibat keletihan dan hipertensi semasa perarakan perkahwinan. Dia didakwa pengsan sebelum disahkan meninggal dunia. – Agensi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin Terpaksa Menghadap Mahathir Untuk Membendung Penguasaan PAS Dalam PN



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading