Datuk rogol bakal isteri cucu sehingga melahirkan anak
Datuk rogol bakal isteri cucu sehingga melahirkan anak
BERAU: Seorang lelaki tidak menyangka anak yang dikandung dan dilahirkan isterinya bukan anaknya, sebaliknya, bayi itu merupakan darah daging datuknya sendiri.
Kes itu terbongkar selepas isterinya melahirkan seorang bayi perempuan di hospital di Berau, Kalimantan Timur.
Lelaki itu, yang dikenali sebagai BE menceritakan, dia mengetahui perbuatan keji datuknya selepas dimaklumkan oleh isterinya, beberapa hari selepas melahirkan anak.
“Saya berasa amat kecewa selepas mengetahui kes yang menimpa isteri saya. Saya sangka bayi itu adalah anak kami.
“Isteri tidak berani menceritakan hal sebenar ketika dia mengandung kerana bimbang perkara lebih buruk boleh berlaku.
“Pada mulanya, saya tidak percaya dengan cerita isteri sebelum saya berjumpa dengan doktor yang merawatnya untuk mengetahui bilakah isteri saya mula mengandung,” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.com.
Lelaki itu memaklumkan, doktor memberitahu isterinya melahirkan anak cukup bulan.
Hal itu menunjukkan isteri lelaki tersebut sebenarnya sudah mengandung dua bulan sebelum mereka dinikahkan kerana usia perkahwinan mereka ketika ini baru tujuh bulan.
Sehubungan itu, BE terus membuat laporan polis dan suspek ditahan bagi membantu siasatan.
Siasatan polis mendapati, suspek juga merogol sepupu mangsa yang berusia 14 tahun.
Datuk rogol bakal isteri cucu sehingga melahirkan anak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- DAP Perak tambat hati pengundi Melayu Parit
- “Dedahkan 19 perkara penting” – Ahmad Maslan
- Apa Alasan Jabatan Peguam Negara Syorkan Lapuran Tommy Thomas Tidak Di Dedahkan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :