Perenang Chile, individu pertama berenang 2.49km di Antartika

Perenang Chile, individu pertama berenang 2.49km di Antartika

Perenang Chile, individu pertama berenang 2.49km di Antartika
BARBARA Hernandez menjadi individu pertama berenang sejauh 2.49 kilometer di perairan Antartika. – AGENSI

WASHINGTON: Seorang perenang wanita Chile menjadi individu pertama yang berjaya berenang sejauh 2.49 kilometer (km) di perairan Antartika.

Barbara Hernandez, 37, dipercayai memecahkan rekod dunia bagi berenang pada jarak paling jauh di Antartika.

Lapor portal UPI, Hernandez melakukan cabaran itu dengan hanya mengenakan baju renang biasa dalam suhu air sejuk mencecah 2.22 darjah Celsius.



Hernandez berjaya menamatkan aksi berenang sejauh 2.49km dalam masa 45 minit dan 50 saat.

Beliau yang juga perenang perairan terbuka pernah meraih beberapa pencapaian sebelum ini termasuk mencipta Rekod Dunia Guinness bagi berenang di lautan dalam masa terpantas di Drake Passage di selatan Chile.

Menurut Hernandez, cabaran berenang yang dilakukannya bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai keperluan untuk melindungi perairan Antartika.

“Saya berasa sangat gembira dan syukur semuanya berjalan dengan lancar.



“Berenang di Antartika sememangnya menjadi impian saya selama bertahun-tahun, malah ia juga merupakan sebahagian cita-cita saya untuk berenang di semua lautan di dunia.

“Dari segi fizikal, cabaran ini adalah amat sukar namun semuanya berbaloi sekiranya mesej berhubung keperluan untuk tindakan segera melindungi perairan Antartika sampai kepada pembuat keputusan,” katanya.

Umum rehat politik, Azmin takut kalah



Perenang Chile, individu pertama berenang 2.49km di Antartika


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Umum rehat politik, Azmin takut kalah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button