Banjir di Klang: 18 mangsa dipindahkan



Klang: Tiga keluarga membabitkan 18 mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Surau Nurul Ulum, Sungai Sireh Tambahan 2, di sini, yang dibuka sejak jam 7.30 pagi, hari ini.

Pegawai Daerah Klang, Shahman Jalaludin berkata, jumlah mangsa yang dipindahkan itu direkodkan sehingga jam 11.40 pagi.

“Mangsa membabitkan masing-masing sembilan lelaki dan perempuan. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuat pendaftaran dan menguruskan kebajikan semua mangsa.

“Selain itu, ada juga mangsa yang berpindah ke rumah keluarga terdekat dan ada tidak berpindah atas faktor keselamatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Shahman berkata, setakat jam 10.30 pagi, keadaan banjir terkawal dan air mulai surut.

“Setakat ini kawasan yang terjejas adalah di Kampung Sungai Sireh Tambahan dan Kampung Delek.

“Dimaklumkan ketika waktu puncak air naik sehingga 0.3 meter, namun ia bersifat sementara,” katanya.

METRO





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker