‘Egg prank’ ancam kesihatan anak – pakar

‘Egg prank’ ancam kesihatan anak – pakar

'Egg prank' ancam kesihatan anak - pakar
GAMBAR hiasan.

New York: Trend terkini TikTok menunjukkan ibu bapa memecahkan telur mentah di kepala anak mereka yang masih kecil, dikritik hebat pakar kesihatan kerana berisiko.

Kebanyakan video dengan tanda pagar #eggprank menunjukkan ibu bapa dengan anak kecil di dapur, ‘bermain’ dengan telur mentah, sebelum ia dipecahkan pada kepala anak, berbanding terus ke dalam mangkuk atau kuali.

Fenomena itu viral, memperlihatkan sebahagian kanak-kanak menangis atau terkejut, malah ada yang lebih berani membaling telur ke arah ibu bapa mereka.



Menurut NBC, video dengan tanda pagar itu ditonton lebih 670 juta setakat Selasa, dan setengahnya mencatat enam juta tontonan setiap satu.

Pakar kesihatan memberi amaran ‘gurauan’ itu boleh memberi kesan buruk termasuk lebam di kepala dan menyebarkan kuman.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa Yang Mampu Menenggelamkan Populariti Sanusi?




Penasihat Perubatan Kecemasan Paediatrik di Hospital Kanak-Kanak Johns Hopkins, Florida, Dr Meghan Martin yang mempunyai 1.3 juta pengikut TikTok berkata, cabaran itu tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada kanak-kanak apatah lagi hiburan.

“Kita secara tidak langsung ‘memecahkan’ (kuman) salmonella pada dahi anak.

“Amat susah untuk memastikan kanak-kanak kecil mengambil ubat cecair apabila mereka sakit perut atau keracunan makanan, jadi mereka ini lebih berkemungkinan dimasuk ke hospital untuk cecair IV,” katanya.

Ahli terapi paediatrik, Amanda Mathers yang mencuba cabaran itu sendiri menyifatkan perbuatan memecah telur di kepala adalah sukar.



“Saya terkejut, hampir mengalir air mata hanya untuk cuba memecahkan telur di kepala,” katanya.

Bagaimanapun Pengarah Klinikal Perkhidmatan Kanak-Kanak, Remaja dan Keluarga di Hospital Mount Sinai di New York, Rebecca Burger-Caplan berkata, pengalaman sekali seperti ‘egg prank’ itu tidak mungkin menyebabkan kesan jangka masa panjang.

‘Egg prank’ ancam kesihatan anak – pakar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hadi Awang Cabar Kuasa Raja?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button