Nilai Vinicius meroket dalam tempoh kurang setahun

MADRID: Penyerang Real Madrid, Vinicius Junior menyerlah sepanjang tahun lalu, dengan mengemudi Real Madrid merangkul kejuaraan berganda iaitu Liga Juara-Juara dan La Liga Sepanyol.

Pemain antarabangsa Brazil itu yang menjaringkan gol kemenangan Real Madrid pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara mengatasi Liverpool, menyaksikan harganya melambung tinggi sejak beberapa bulan lalu.

Senarai terkini pemain paling berharga dalam laman web Transfermarkt mengesahkan peningkatan Vinicius sepanjang tahun lalu. Kylian Mbappe adalah pemain paling berharga di seluruh dunia (160 juta euro) diikuti Erling Haaland (150 juta euro) dan Vinicius (120 juta euro).



Mereka adalah dua penyerang yang diramal untuk mengambil alih daripada Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, tetapi penyerang Real Madrid itu juga dianggap mempunyai bakat kelas dunia.

Menurut senarai yang sama pada Oktober 2021, Vinicius bernilai 50 juta euro, hampir sama dengan apa yang dibayar Real Madrid untuknya pada Julai 2018.

Tiga tahun prestasinya tidak menentu namun segala-galanya berubah dengan kehadiran Carlo Ancelotti.

Sebanyak 22 gol dan 20 ‘assist’ (bantuan) musim lalu mengesahkan sumbangannya kepada barisan serangan Real Madrid. Hakikat dia kini penjaring kedua terbanyak pasukan dengan lima gol dan empat assist menjelaskan Vini akan terus kekal menyinar.



Tiada seorang pun dalam senarai di atas berkembang pesat seperti Vini.

Jude Bellingham, yang berada dalam radar Real Madrid bagi musim depan, sudah pun bernilai 90 juta euro, tetapi kali ini tanda harganya sudah ditetapkan pada 70 juta euro. Sementara itu, Pedri juga bernilai 90 juta euro, tetapi dia sudah bernilai 80 juta euro dua bulan lalu.

Jurang antara Vinicius dan Mbappe semakin mengecil kerana nilai pemain Perancis itu kekal stabil berbanding setahun lalu malah merosot sejak dia bernilai 200 juta euro pada 2020. Sementara itu, nilai Haaland kekal sama seperti pada Oktober 2021.

Realitinya perkembangan Vinicius bukan sahaja dicerminkan dari segi ekonomi dan sukan, tetapi juga dari segi imej jenamanya.



Piala Dunia di Qatar sudah pasti akan menjadi satu lagi batu loncatan buat pemain sayap Real Madrid itu.

Kurang setahun yang lalu, jurulatih Brazil Tite meragui kehadirannya di Qatar, tetapi kini Vinicius akan menjadi sebahagian daripada serangan paling berkuasa dalam kejohanan itu bersama Neymar dan Raphinha.

– AGENSI



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button