Pakatan Harapan sedang tercari cari isu untuk tewaskan BN



Oleh Adam Malik

Pakatan Harapan  umpama parasit yang menjulang naik menumpang pihak lain.

Pakatan Harapan tidak boleh berdiri sendiri tanpa menumpang  sesuatu.

Dalam hal ini PH sama juga seperti Tun Mahathir.



Walaupun ramai mendakwa Tun Mahathir hebat , tetapi Tun Mahathir menggunakan isu pihak lain untuk survival politiknya.

Tun Mahathir menggunakan isu pihak lain untuk ‘demonise’  pihak itu demi untuk mencantik kan diri sendiri.

Tanpa memburuk kan pihak lain Mahathir sukar mengalahkan musuh nya.

Maka, jelas PH dan Tun Mahathir tiada kebaikan diri sendiri untuk dipamirkan kepada rakyat , lalu perguna ‘fault’ pihak lawan.



Lebih teruk dan menjijikkan Mahathir pergunakan mahkamah untuk menjatuhkan pihak lawan.

Kini, Pakatan Harapan sudah sama seperti Mahathir, lihat contoh seperti Rafizi Ramli.

Hari2 Rafizi tiup trumpet pelbagai isu untuk kait pihak lawan.

Rafizi sentiasa ada skandal yang didedahkan untuk memburuk kan pihak lawan.



Antaranya kisah skandal Littoral Combat Ship (LCS).

Rafizi berharap ia dapat diperbesarkan seperti skandal 1MDB, namun masih tidak menjadi jadi lagi.

Kali ini mungkin Rafizi gagal kerana negara dilanda masalah ekonomi dan kejatuhan nilai ringgit , maka isu yang Rafizi cuba bawa terus tenggelam dan menjadi “non issue”

PH juga cuba memberitahu rakyat manifesto yang bakal diperkenalkan pada PRU15 kali ini tidak sebohong manifesto PH pada PRU14.



Manifeso PH kali ini digelar oleh  Pengarah Komunikasi PH Fahmi Fadzil sebagi manifesto “Realistik” sempena manifesto PH pada PRU14 lalu yang bukan sahaja tidak “Realistik” bahkan hanya “Kosmetik”.

PH masih belum faham bahawa yang menjadi keraguan bukan lah manifesto tetapi kepimpinan PH itu sendiri.

Cuma beza sedikit kali ini, kepala ‘scam’ manifesto PRU14 iaitu Tun Mahathir dan Muhyiddn Yassin sudah tidak bersama sama PH lagi.

Pada PRU14 yang lalu PH ada dwi faktor untuk raih kemenangan.

Selain manifesto ‘scam’ mereka , PH juga bergayut kepada kisah fitnah 1MDB.

Kali ini dwi faktor tidak ada , tiada isu besar seberat 1MDB dan juga manifesto yang tidak lagi dipercayai.

Tambah buruk lagi , kerajaan ‘scammer’ sudah berpecah.

Masing2 mahu jadi Perdana Menteri , Tun Mahathir, Muhyiddn dan Anwar Ibrahim , semua mahu jadi Perdana Menteri mewakili parti sendiri.

Maka, atas sebab itu masa depan sangat gelap untuk PH dan sewaktu dengan nya , hatta cuba melengahkan PRU15 .

Dengan melengahkan PRU , PH berharap sesuatu dapat dibangkitkan untuk menahan kemaraan Barisan Nasional.

Sehingga kini , belum ada isu berskala mega yang boleh menguggat Barisan Nasional

Ini akibatkan panik dan huru hara kepada PH maka datang lah ugutan kepada BN jika menggadakan PRU15 segera.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker