Samsung BESPOKE Jet mudahkan urusan harian anda

Tiada lagi alasan malas kemas rumah, 

Samsung BESPOKE Jet mudahkan urusan harian anda

Samsung BESPOKE Jet mudahkan urusan harian anda
Samsung BESPOKE Jet pastinya memudahkan urusan pembersihan rumah anda.

KEKANGAN masa dan tuntutan kerja menyebabkan kita sukar untuk memberi perhatian terhadap aspek kebersihan rumah.

Apabila membayangkan penyapu, berus bulu ayam dan batang mop, pastinya rasa malas akan menyelubungi diri.

Namun, jangan bimbang kerana dengan adanya penyedut hampagas tanpa wayar Samsung BESPOKE Jet keluaran Samsung, kini segalanya lebih mudah!



Lebih menarik apabila Samsung BESPOKE Jet ditawarkan dalam tiga warna mengikut pilihan dan citarasa, dengan aksesori dan harga yang berbeza.

Samsung BESPOKE Jet complete yang berwarna putih (misty white) hadir bersama berus Slim Action dan Jet Dual, dijual pada harga RM3,699.

Berus Slim Action berfungsi menyedut sampah dengan lebih mudah dalam ruangan sempit manakala berus Jet Dual membantu menyedut dengan lebih kuat terutama pada permaidani.

Samsung BESPOKE Jet mudahkan urusan harian anda
Samsung BESPOKE Jet mempunyai kuasa sedutan yang kuat untuk membersihkan segenap ruang kediaman.

Samsung BESPOKE Jet complete extra yang berwarna hijau (woody green) turut hadir bersama berus Slim Action dan Jet Dual, dijual pada harga RM4,399.



Ia turut dilengkapi dua pek bateri yang memberi kuasa sedutan luar biasa dengan jangka hayat sehingga dua jam penggunaan.

Samsung BESPOKE Jet premium berwarna biru (midnight blue) pula dijual pada harga RM3,899.

Ia hadir dengan berus Slim Action dan mop sembur berputar yang sesuai digunakan sebagai pengelap lantai.

Ketiga-tiga model itu hadir dengan kuasa pembersihan menyeluruh dengan sedutan yang kuat dan pastinya akan memudahkan segala urusan anda di rumah.



Jom ketahui beberapa perkara menarik mengenai produk ini:

1. All-in-one Clean Station

Nikmati cara mudah mengosongkan dan mengecas penyedut hampagas. Samsung BESPOKE Jet All-in-one Clean Station menggunakan teknologi “Air Pulse” yang menghasilkan gerakan seperti degupan jantung untuk menghilangkan habuk sambil mengecas semula bateri.

 

Samsung BESPOKE Jet mudahkan urusan harian anda
Tiada lagi alasan malas mengemas rumah, Samsung BESPOKE Jet kan ada.

Ia merupakan cara mudah dan bersih untuk membuang habuk, menghalang zarah habuk halus yang berbahaya daripada bertaburan kembali ke udara.



Kerja pembersihan juga sangat mudah. Hanya letakkan Samsung BESPOKE Jet All-in-one Clean Station dan ia akan membuang sampah di dalam penyedut hampagas, di samping mula mengecas.

2. Sedutan berkuasa

Samsung BESPOKE Jet berkuasa membersihkan pelbagai jenis lantai dengan kuasa sedutan maksimum sehingga 210W**.

Proses pembersihan dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan mudah dengan Digital Inverter Motor yang mempunyai stator, rotor dan kipas 3D yang lebih baik, yang berbentuk seperti kipas dalam enjin jet

Paling penting, ia 47 peratus lebih ringan dan berputar sehingga 135,000rpm, memberikan kuasa input yang kuat sehingga 580W**, kecekapan tenaga yang tinggi dan sedutan sehingga 210W**.



 

Samsung BESPOKE Jet mudahkan urusan harian anda
Kediaman anda pasti lebih mudah diuruskan dengan teknologi Samsung BESPOKE Jet.

Selain itu, Jet Cyclone dengan laluan udara optimum mampu mengurangkan rintangan udara dan sembilan siklonnya dengan 27 salur masuk udara bagi meminimumkan kehilangan sedutan.

3. Sistem penapisan berbilang lapisan 99.999 peratus

Samsung BESPOKE Jet boleh mengeluarkan udara bersih dengan sistem Penapisan Berbilang Lapisan 99.999 peratus yang memerangkap 99.999 peratus habuk serta mengurangkan pendedahan kepada alergen.

Ia dilengkapi siklon utama dan penapis metal mesh grille yang mampu membersihkan zarah habuk yang besar.



Jet Cyclone dan penapis mikro kemudiannya akan menangkap habuk halus dan penapis habuk halus memerangkap habuk mikro.

Untuk keterangan lanjut mengenai Samsung BESPOKE Jet, layari laman rasmi www.samsung.com.my

*Produk BESPOKE Jet merupakan trademark oleh Samsung.

GSC akan ambil tindakan terhadap Ameera Khan

Samsung BESPOKE Jet mudahkan urusan harian anda

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button