Tolak Ajakan Rakan Suami Lakukan Seks, Wanita Dibunuh & Mayat Dibuang Di Tebing Sungai

Tolak Ajakan Rakan Suami Lakukan Seks, Wanita Dibunuh & Mayat Dibuang Di Tebing Sungai

Tolak Ajakan Rakan Suami Lakukan Seks, Wanita Dibunuh & Mayat Dibuang Di Tebing Sungai
Foto: Detik.com

Gara-gara menolak ajakan rakan suami untuk melakukan hubungan intim, seorang wanita berusia 24 tahun ditemui mati akibat dibunuh oleh suspek.

Tolak Ajakan Rakan Suami Lakukan Seks, Wanita Dibunuh & Mayat Dibuang Di Tebing Sungai
Foto: Bogor Tribunnews

Mangsa yang dikenali dengan nama Melissa Dyah Wahyuni dan pelaku, Trimo Sasmito berusia 37 tahun tinggal di satu kawasan yang sama iaitu di Kecamatan Kandat, Indonesia. Motif suspek membunuh mangsa kerana berang ajakannya untuk melakukan hubungan intim ditolak.

Menurut sumber, mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah sejak 15 Ogos lalu dan pelbagai usaha yang dilakukan keluarga untuk mencari mangsa. Tetapi sayangnya tiada sebarang petunjuk yang diterima. Namun siapa sangka, misteri kehilangan mangsa akhirnya terjawab selepas penemuan mayat mangsa yang tertiarap di tebing sungai. Keadaan mayat mangsa juga dikatakan sangat menyayat hati. Susulan daripada itu, mayat mangsa telah dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat. Polis percaya mangsa telah dicekik hingga mati sebelum mayatnya ditinggalkan di tebing sungai itu.



Penemuan mayat itu juga membawa kepada penahanan seorang lelaki iaitu suspek pembunuhan, Trimo Sasmito. Ketika disoal siasat, suspek mengaku sudah lama menaruh hati kepada mangsa malah suspek dan suami mangsa juga mengenali antara satu sama lain. Difahamkan, suspek dan mangsa juga dikatakan mempunyai hubungan kekeluargaan.

Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan dan jika sabit kesalahan, suspek boleh dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun.

Sumber: Bogor Tribunnews

Kronologi karier politik Tajuddin Rahman



Tolak Ajakan Rakan Suami Lakukan Seks, Wanita Dibunuh & Mayat Dibuang Di Tebing Sungai

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kronologi karier politik Tajuddin Rahman



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button