Matan palsu: Pengarah syarikat direman 4 hari

Matan palsu: Pengarah syarikat direman 4 hari

Matan palsu: Pengarah syarikat direman 4 hari
Suspek direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. NSTP/Ihsan SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah syarikat, semalam, bagi membantu siasatan berhubung projek pembinaan sebuah pusat membeli-belah bernilai RM92 juta di Kuala Terengganu.

Lelaki berusia 54 tahun itu ditahan petang semalam ketika hadir di Ibu Pejabat Putrajaya.

Dia disyaki terbabit dalam memperakukan tuntutan yang mengandungi butiran matan palsu, dengan nilai rasuah dipercayai berjumlah RM2 juta.



Difahamkan juga ia membabitkan kerja-kerja mekanikal dan elektrikal dalam projek pembinaan bangunan berkenaan di Kuala Terengganu.

Siasatan SPRM dalam kes itu turut mendapati kerja-kerja berkenaan tidak dilaksanakan sepenuhnya namun tuntutan sudah dibuat.

Pada 19 Jun lalu, BH melaporkan, sebuah kompleks membeli belah bersaiz mega di Kuala Terengganu sedang dipantau SPRM setelah didapati belum disiapkan biarpun bayaran pembinaan itu didakwa sudah diluluskan.

Difahamkan, pembinaan kompleks yang bakal menempatkan ratusan pameran jualan tempatan dan antabangsa termasuk jenama terkenal di Lembah Klang itu menerima pelaburan daripada sebuah agensi yang mempunyai kaitan dengan kerajaan.



Jumlah pelaburan yang dikaitkan dengan kompleks itu mencecah sehingga RM324 juta.

Susulan itu, empat individu termasuk seorang pengurus syarikat hartanah berkaitan kerajaan ditahan oleh SPRM kerana disyaki bersubahat dalam membuat tuntutan palsu.

Dalam perkembangan sama, Majistret Irza Zulaikha hari ini membenarkan suspek direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Zeti Akhtar Aziz masih “bercuti bersalin”?



Matan palsu: Pengarah syarikat direman 4 hari


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zeti Akhtar Aziz masih “bercuti bersalin”?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button