KONTROVERSI PANAS!!!

Raja Petra buat hal lagi



Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Panas!!! Muhyiddin tidak akan pulang ke Malaysia?

Menurut Raja Petra Kamarudin, ada kalangan ahli keluarga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dikenakan tindakan.

Ini berkaitan kesalahan rasuah dan salahguna kuasa melibatkan jumlah yang agak besar. Dakwaan tersebut dinaikmuat Raja Petra menerusi aplikasi TikTok beliau kelmarin.

Semua ini berikutan tender runding terus berjumlah RM92.5 billion yang dibongkar akan menjurus kepada pembongkaran skandal kewangan terbesar negara melibatkan Muhyiddin Yassin.



Muhyiddin yang dikaitkan dengan ‘Langkah London’ berikutan tular sekeping foto di sebuah restoran di London turut akan dikenakan tindakan Undang-Undang berikutan penahanan beberapa individu oleh SPRM baru-baru ini.

Ekoran tindakan SPRM, adakah Muhyiddin akan bertindak untuk tidak pulang ke Malaysia bagi mengelak sebarang tindakan dikenakan terhadap beliau?

Ekstradisi

Timbul pula persoalan adakah Muhyiddin akan mengambil risiko untuk pulang ke Malaysia dan bersedia untuk menjadi ‘kluster Mahkamah’ sekiranya semua bukti menjurus kepada keterlibatan beliau dalam skandal RM92.5 billion?

Pada PRU15, Perikatan Nasional dilihat berbelanja secara luar biasa hingga menimbulkan persoalan dari manakah mereka mempunyai sumber kewangan begitu besar bagi kempen Pilihanraya Umum.



Siasatan demi siasatan dijalankan telah membawa kepada penahanan individu yang membuka cerita komisen yang telah dimasukkan ke akaun tertentu.

Pihak SPRM masih lagi menyiasat perkara tersebut dan dipercayai akan turut menahan ramai lagi individu kalangan ahli politik yang menerima sebahagian dana hasil projek runding terus semasa Perikatan Nasional memerintah.

Jika semua bukti telah lengkap dan disahihkan, skandal ini akan membuka mata banyak pihak bagaimana pelaksanaan Proklamasi Darurat yang dilakukan Muhyiddin sebenarnya digunakan hanya untuk merembat wang rakyat.

Jadi tidak hairanlah sekiranya Muhyiddin tidak pulang ke Malaysia selepas semuanya terbongkar. Sudah pasti Muhyiddin mahu ‘melepaskan tengkuk’ dari dikenakan sebarang tindakan Undang-Undang Malaysia.



 

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker