EPL: Liverpool harap fokus Salah tidak berubah

EPL: Liverpool harap fokus Salah tidak berubah

EPL: Liverpool harap fokus Salah tidak berubah
SALAH menjadi tonggak penting Liverpool untuk merobek gawang Newcastle menjelang aksi di St. James Park malam ini. – AFP

LONDON – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tidak pernah meragui komitmen Mohamed Salah menjelang pertemuan dengan Newcastle United di St. James Park, malam ini.

Ketika bintang Mesir itu sedang hangat diperkatakan bakal menyertai gergasi Arab Saudi, Al-Ittihad, Klopp masih bertegas tiada apa yang perlu dirisaukan kerana percaya Salah sentiasa fokus dengan pasukan diwakilinya sekarang.

“Tiada apa yang boleh diperkatakan dan dia sekarang adalah pemain Liverpool. Dia seorang pemain penting dan ia akan terus kekal sama kerana etakat ini belum ada apa-apa lagi.



“Falsafah saya adalah hanya akan memikirkan tentang masalah tersebut apabila saya benar-benar sedang menghadapinya,” katanya

Al-Ittihad dilaporkan bersedia membuat bayaran besar, namun The Reds dipercayai enggan melepaskan khidmat Salah yang baharu saja menandatangani lanjutan kontrak tiga tahun pada musim panas lalu.

Ejennya, Ramy Abbas juga turut mengendurkan spekulasi mengenai masa depan Salah dan lanjutan kontrak menjadi bukti komitmen pemain itu untuk terus menabur khidmat dengan The Reds.

Dalam masa sama, Klopp menjelaskan status pemain pertahanannya, Ibrahima Konate masih lagi samar ekoran kecederaan otot namun lega kerana Trent Alexander-Arnold kini cergas untuk bermain.



Selain itu, penarikan semula kad merah Alexis Mac Allister juga menghadirkan kelegaan buat Klopp. – AGENSI

EPL: Liverpool harap fokus Salah tidak berubah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PRK Pelangai, PAS Pahang hanya ‘Juara Jual Minyak’



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading