EPL: FA England kenakan Peraturan ketat pertaruhan kad kuning

EPL: FA England kenakan Peraturan ketat pertaruhan kad kuning

EPL: FA England kenakan Peraturan ketat pertaruhan kad kuning
PAQUETA dikaitkan dengan skandal mengatur layangan kad kuning selepas dia meraihnya buat kali ketiga untuk tahun 2023. – AFP

LONDON – Persatuan Bola Sepak (FA) England didakwa menggesa syarikat-syarikat perjudian menghapuskan pertaruhan melibatkan layangan kad kuning berikutan meningkatkan kebimbangan ia melibatkan skandal mengaturkan insiden berkenaan.

Mail Sport mendedahkan bahawa satu rundingan telah dilakukan oleh pegawai-pegawai FA England bersama syarikat-syarikat berkenaan serta wakil kerajaan mengenai sekatan terhadap pertaruhan berkenaan.

Sebelum ini, FA England telah membuka siasatan mengenai paten pertaruhan yang meragukan melibatkan pemain tengah West Ham United, Lucas Paqueta apabila sudah meraih tiga kad kuning sepanjang tahun 2023 termasuk satu ketika aksi musim baharu kali ini.



Paqueta berada di kedudukan keempat dalam kelompok lima pemain teratas dalam senarai peraturan ke atas layangan kad kuning sejak lima tahun lalu menyebabkan siasatan dilakukan terhadapnya.

Bekas pemain Arsenal, Granit Xhaka dan pemain pertahanan Oxford, Ciaran Brown telah disiasat atas tuduhan yang sama kira-kira 18 bulan yang lalu, namun tidak ada tindakan lanjut diambil terhadap mereka.

Pada 2018, pemain Lincoln City, Bradley Wood telah dikenakan penggantungan selama enam tahun oleh FA England apabila didapati bersalah terlibat dalam skandal layangan kad kuning sebanyak dua kali untuk membolehkannya menerima suapan sebanyak £10,000 (RM58,375).




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading