Ismail Sabri turut hadir untuk mesyuarat ‘Top 5’ UMNO di WTCKL

 

Selepas selesai menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir ke Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) untuk pertemuan dengan ‘Top 5’ UMNO.

Beliau kemudian dilihat meninggalkan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) selepas pertemuan itu di Menara Dato Onn berakhir jam 6.35 petang tadi.



Mesyuarat dilaporkan bersambung malam ini, difahamkan membabitkan kepemimpinan tertinggi UMNO lain mengenai manifesto.

Perkara itu dimaklumkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang tiba kira-kira jam 7.40 malam ini.

“Ini bukan mesyuarat ‘Top 5’ tetapi mesyuarat manifesto,” katanya kepada pemberita.

Turut kelihatan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang juga bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button